"Sahabat-sahabatku yang dikasihi dan dirahmati oleh Allah sekalianya. Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.
Bila mana hati telah bersih dengan taubatnya maka hasilnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan tabir-tabir akan terangkat dan hati akan berperasaan suci mendedahkan yang seni di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.
Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya,kerana ikhlasnya. ...amiinn..TQ ALLAH SWT .
Padamkan lampu tidur-mu,buka lah lampu hati-mu ,nescaya kamu masih boleh melihat kebenaranya .
"
No comments:
Post a Comment