Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman.
- (Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya.
- Dan orang yang menjauhkan diri daripada yang sia-sia.
- Dan orang yang menunaikan zakat.
- Dan orang yang menjaga kemaluannya.
Kecuali terhadap isterinya atau hambanya; maka tiadalah tercela.
Sesiapa mencari selain yang demikian itu, maka merekalah orang yang
melampaui batas.
- Dan orang yang memelihara amanah dan janjinya.
- Dan orang yang memelihara solatnya.
Mereka itulah yang akan mewarisi,
Yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
No comments:
Post a Comment