Thursday, March 15, 2012

HANTU BOLEH BUNUH ORANG ?

Hantu tidak mampu membunuh manusia? Dengan izin Allah, mungkin. Saya tidak pasti. Namun, mampu menjadi asbab kepada kematian manusia. Namun, yang pasti manusia memang mampu membunuh manusia dengan izin Allah. Itupun kerana terdorong syaitan dan nafsu. Mengenakan sihir dan ilmu hitam pada orang-orang yang dia kehendaki, orang yang dia sakit hati. Sakit hati sebab orang tu lebih senang dari dia, sakit hati sebab tak dapat orang yang dia nak, sakit hati lihat orang lain bahagia. Mereka lebih 'hantu' dari hantu. Lebih 'syaitan' dari syaitan. Firman Allah: "Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi." (Al-Mujaadilah ayat 19) "Kemudian aku (iblis) datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur." (Al-A'raf ayat 17) Orang yang suka menyihir dan menjampi orang, hentikanlah. Tak waras lgsg buat macam tu. Kalau orang dah tak suka, cari saja orang lain. Kalau orang lain kaya, usahalah sungguh-sungguh jadi kaya juga. Stoplah dengki. Saya tahu yang buat ni majoritinya educated. Educated belajar je, iman failed. Syirik, hentikanlah. --- Kes kemalangan akibat terlihat, diganggu hantu di dalam perjalanan. Ia memang terjadi dan sudah ramai yang menceritakan, sehingga difilem dan didramakan. Cuba tanya mereka yg pernah kena, cuba selidiki. "Solat hajat tak sebelum bermusafir lalu kawasan hutan malam2?", "Baca doa tak?", "Mulut celupar tak?", "Buang air di merata2 tempat tak? Basuh cuci tak najis?", "Fokus ke tak?", "Malam2 lalai dengan lagu2 atau dengar bacaan ayat suci al-Quran?". Check semua sudut. Kalau ternampak juga walaupun sudah buat semua persediaan, kemudian berlaku kemalangan, ingatlah itu semua dengan izin Allah. Hantu tak mampu membunuh, tapi mampu menjadi asbab pembunuhan. Ramai meninggal akibat disihir, tapi bukan sihir yang mematikan, tapi ingat memang dah sampai masanya Allah ambil nyawanya. Jangan kita kata, "org tu mati kerana disihir." tapi katalah, "Innalillahi wainna ilaihi raaji'un. Allah Berkuasa Segala. Nyawa milikNya." Hantu dan syaitan tidak berkuasa mematikan sesiapa. Cuma mampu jadi antara sebab kepada kematian. --- Sampai sekarang saya masih tertanya-tanya adakah hantu mampu membunuh setelah melalui kejadian kereta yg dinaiki dlm keadaan freegear, handbrake angkat, bergerak dgn sendiri di lebuhraya Grik di tgh2 malam. Akhirnya saya muhasabah, itu semua dengan izin Allah untuk mengingatkan diri jangan terlalai walau di mana kita berada. Bila kita lalai, di situlah syaitan menjelma.

No comments: