Wednesday, March 28, 2012

KURANGKAN KETAWA, LEBIHKAN MENANGIS..

MUHASABAH: Kurangkan ketawa dan lebihkan menangis!!! Firman Allah yang bermaksud, “Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak.” (Surah at-Taubah : Ayat 82) Walaupun begitu , ketawa sedikit adalah dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.a.w, sepertimana sabdanya yang bermaksud , “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi). Suatu ketika, Rasulullah berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: “Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” (Hadith Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah).

No comments: