Thursday, March 29, 2012

PERISTIWA DI HARI JUMA'AT

TAZKIRAH RINGKAS APA YANG BERLAKU PADA HARI JUMAAT DAN KELEBIHANNYA 1. Pernikahan antara Adam dan Hawa 2. Pernikahan antara Yusof dan Zulaikha 3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib as 4. Pernikahan antara Rasulullah saw dengan Khadijah khuwailid. 5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Saba' 6. Pernikahan antara Rasulullah saw dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar. 7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib ra dengan Fatimah Az-Zahra Hari Jumat adalah HARI yang baik untuk mengadakan Perhubungan dan Pernikahan. KELEBIHANNYA Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam as diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga" “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim). Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah Hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada Hari Jumaat. “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi). Sabda rasulullah s.a.w.: "Sholat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar". (Hadis riwayat Muslim) Sabda Baginda yang maksudnya : “Sesiapa yang berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian dia (pergi ke masjid) untuk menunaikan Jum‘at, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jum‘at itu dan hari Jum‘at berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu (ketika khutbah) telah berbuat sia-sia”.(Hadis riwayat Muslim)

No comments: