Monday, March 5, 2012

KENAPA BELUM KAYA..?

Sebelum mempelajari strategi mencipta kejayaan, saya mahu mengajukan soalan ini kepada anda. "Kenapa anda masih belum kaya? (Jika telah kaya sila unsubscribe emel ini) Apa yang menghalang anda daripada mengecap kekayaan yang diidam-idamkan? Luangkan sedikit masa bagi memikirkan soalan ini dan senaraikan seberapa banyak sebab yang anda dapat fikirkan. Anda perlu bersikap jujur dan ikhlas dengan diri sendiri ketika menjawab soalan ini. Cuba lakukan latihan ini sekarang. Sebab-sebab saya masih belum kaya 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Tulis atas kertas ya. Sekarang, mari kita lihat sama ada alasan anda sama dengan alasan yang saya dengar daripada orang lain apabila mereka ditanya soalan yang sama. Kebanyakan orang memberi alasan seperti berikut : 1. Saya tidak mempunyai wang untuk membuat wang dan berasal daripada keluarga miskin 2. Saya perlu menyara keluarga saya, saya masih muda. saya sudah tua, saya tidak pandai. 3. Saya tidak mempunyai peluang, saya malas, saya tidak mempunyai kelulusan. 4. Suami/isteri saya tidak menyokong saya. 5. Saya tidak mempunyai pengetahuan secukupnya. 6. Saya mempunyai ramai anak. Nasib saya tidak baik. 7. Saya takut mengambil risiko. 8. Saya tidak mempunyai displin. 9. Saya tidak pandai membuat keputusan yang baik. 10. Keadaan ekonomi tidak memberansangkan. Adakah terdapat alasan-alasan di atas sama dengan alasan yang anda beri? Sekarang, perhatikan semula alasan yang anda tulis dan tentukan sama ada alasan-alasan itu berada di bawah kawalan anda ataupun disebabkan oleh faktor luaran yang anda rasakan berada di luar kawalan anda. Sekiranya anda fikir alasan itu berpunca daripada diri anda sendiri seperti "tidak membuat keputusan yang baik", "tidak mempunyai disiplin" ataupun "tidak mempunyai pengetahuan yang cukup", letakan tanda betul di sebelahnya. Sekiranya alasan itu berpunca daripada faktor luaran seperti "tidak mempunyai peluang", "nasib tidak baik" ataupun "ketua yang teruk", letakkan tanda pangkah di sebelahnya. Sekarang, kira jumlah tanda right dan pangkah itu, yang mana satu lebih banyak? Keupayaan anda menjadi kaya banyak bergantung kepada jumlah ini.

No comments: