Thursday, March 15, 2012
INI YG SEBENAR NYAA...HIDUP UMNO
Mari kita sokong BN. Kita sokong semua kaum , samada Melayu , Cina dan India.Ini bukan masalah UMNO atau orang Melayu , tetapi masalah seorang pemimpin yg kecewa dan berdendam.Pemimpin ini asalnya dari UMNO dan sekarang telah menjadi bekas UMNO.Melayu , Cina dan India hidup dengan harmoni dari 1957 sehingga 2006.Bila pemimpin ini keluar dari penjara pada 2006 , beliau telah mendapatkan bantuan kewangan dari Pertubuhan Yahudi-Amerika untuk membiayai kempen pilihanraya pada 2008.Beliau berjaya dgn kempen tersebut.Dan apa yg terjadi hari ini ialah kerana hasutan kebencian dari pemimpin tersebut yg mengapia-apikan bahawa UMNO adalah perti perkauman. Tetapi dia lupa semua kaum hidup dgn harmoni dari 1957 hingga beliau keluar dari penjara pada 2006 ..dan dalam tempoh tersebut UMNO dan BN yg memerintah.Beliau juga sebahagian dari UMNO yg pernah memerintah.Masalah ini bukan masalah UMNO atau MCA atau DAP atau PAS , tetapi ini berpunca dari hasutan pemimpin tersebut.
Samada Cina atau India boleh memerintah dan memimpin negara ini jika layak.Bukan melayu saja yang layak.Adalah tidak benar mengatakan ini negara Melayu semata-mata.Cina dan India juga ada hak ke atas negara ini kerana 3 kaum ini telah bersama-sama pergi ke London menuntut kemerdekaan dari British.Apabila kemerdekaan di berikan , UMNO telah menghormati janjinya kepada kaum Cina dan India agar tidak menjalankan undang-undang Islam yg terdapat hudud di dalamnya, tetapi hanya undang-undang biasa ataupun undang-undang sivil. Oleh itu pada hari ini UMNO telah di tuduh oleh PAS sebagai mengkhianati Islam kerana tidak menjalankan hukum hudud.Sebenarnya UMNO cuma menghormati janjinya dgn kaum Cina dan India yg telah bersusah payah bersama-sama mereka menuntut kemerdekaan dari British. Seperti sahabat yg sentiasa memegang janjinya dgn sahabat yg lain samada masa senang atau masa susah
UMNO juga telah menghormati janjinya dgn MCA dan kaum Cina agar memberikan hak mengamalkan kehidupan mengikut cara dan budaya mereka. UMNO sekali lagi menghormati janji mereka dgn kaum Cina dgn membenarkan lesen kedai minuman keras dan lesen perjudian di Genting Highland.Tetapi dengan syarat kaum Cina tidak membenarkan orang Islam membeli minuman keras dan memasuki premis perjudian di Genting Highland. Inilah antara pengorbanan UMNO kepada orang Cina dan India yang , iatu dengan membenarkan mereka mengamalkan cara hidup mereka.Tetapi akibat dari itu , UMNO terpaksa membayar harga yg cukup tinggi.Hari ini PAS dan parti pembangkang menuduh UMNO sebagai parti jahat yg membenarkan minuman keras dan perjudian . Tetapi akhirnya apabila mereka berkuasa dan memerintah 4 negeri , PAS tidak pula menarik lesen kedai minuman keras , sebaliknya membenarkan orang Cina beroperasi.Malah Dr Hassan Ali yg merampas minuman keras dari sebuah kedai di Shah Alam , telah di kritik dengan keras oleh PAS
Adalah tidak benar orang Cina atau India tidak boleh memegang jawatan tinggi dalam kerajaan yg memerintah. Sesiapa sahaja yang layak boleh menjadi Menteri. Tidak ada sebarang sekatan.Semasa zaman Tunku Abd Rahman , orang Cina telah di beri penghormatan menjadi Menteri Kewangan. Hasilnya hari ini kaum Cina telah menguasai ekonomi di negara ini. Lihatlah orang Cina di Msia , mereka hidup dgn selesa dan aman damai.Kebanyakan bungalow dan Condo di negara ini di miliki oleh kaum Cina.Kebanyakan rumah kedai juga di miliki oleh kaum Cina.Bisnes runcit di kuasai oleh kaum Cina.Workshop kereta di kuasai oleh kaum Cina.Kedai perabot di kuasai oleh kaum Cina.Kedai telekomunikasi di kuasai oleh kaum Cina. Orang Melayu tidak kisah dgn apa juga milik orang Cina di negara ini kerana sifat terbuka mereka
26 minutes ago · Like · 1
Tetapi di Indonesia , fenomenanya sentiasa membimbangkan. Orang Cina yg kaya raya sentiasa hidup dalam kedaan bimbang.Nama asal Cina mereka tidak boleh di gunakan , tetapi mesti menggunakan nama Indonesia yg mirip ke Melayuan.Berbeza dgn di Malaysia di mana kjaan UMNO / BN membenarkan orang Cina menggunakan nama asal mereka.Rakyat Indonesia tidak berfikiran terbuka seperti rakyat Msia. Pada bila-bila masa saja harta mereka boleh di rampas.Pada reformasi 1998 , banyak harta benda kaum Cina telah di bakar dan di rampas oleh perusuh reformasi. Akibatnya ramai yg melarikan diri ke Singapura. HUjan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri.Lebih baik negeri sendiri.Itulah nasib orang Cina Indonesia.Mereka tidak bernasib baik seperti Cina Malaysia yg di jaga dan di pelihara oleh kerajaan UMNO / BN dengan cukup baik sekali. Hari ini Robert Kuok iatu seorang jutawan Cina dari Johor telah berjaya menjadi orang terkaya dii Malaysia dengan nilai aset hampir 47 billion RM
Tidak ada salahnya DAP memperjuangkan hak samarata antara semua kaum . Tetapi mereka kenalah bersabar sedikit apabila kaum Melayu telah benar-benar kukuh ekonomi mereka.Buat masa ini perkara ini tidak boleh dilaksanakan kerana masih ramai yg miskin dan memerlukan sokongan kerajaan. Kerajaan sebelum ini telah memberikan berbagai sokongan dan bantuan kepada orang Melayu , tetapi sayangnya masih ada orang Melayu yg masih tidak mahu berjaya.Mereka salah gunakan bantuan kjaan dgn berbagai cara.Antaranya dgn konsep Ali-baba.Mereka lebih suka menjadi sleeping partner. Akhirnya kaum Cina yang lebih berjaya kerana mereka benar-benar mengambil peluang tersebut. Hal ini telah mengecewakan Tun Mahathir Mohammad yg telah bersungguh-sungguh cuba membantu orang Melayu dalam bidang ekonomi. Sekali lagi UMNO terpaksa membayar harga yg mahal utk itu.UMNO dan BN telah di tuduh oleh pembangkang gagal membantu orang Melayu. Tapi sebenarnya apa yg berlaku ialah masalah individu itu sendiri yg tidak mahu berjaya , dan bukannya masalah parti UMNO / BN atau kjaan yg memerintah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment