Sunday, January 22, 2012

SAKA..

SAKA...Tanda-Tanda Yang Sering diabaikan... Iaitu... Ada tanda-tanda yang sangat jelas seseorang itu ada jin saka... ...tapi banyak tanda-tanda ada saka yang sangat samar iaitu seperti tidak ada kaitan dengan gang- guan jin... ...dan seolah-olah seperti sakit biasa...atau ber- punca daripada sebab-sebab biasa... Contohnya...selalu pening atau sakit kepala... ...selalu rasa letih...selalu menguap...sakit atau beng- kak kecil...sukar menumpukan fikiran... ...sukar tidur malam...terlebih aktif...suka berbohong dan mengintip rahsia orang...penyombong... takut berada dalam khalayak ramai...selalu mengigau atau mimpi aneh... ...sukar mencari pasangan hidup...sukar mendapat atau selalu kematian anak...sukar maju dalam ber- niaga...cepat bosan dengan kerja...dan sebagainya... ...yang sepintas lalu...semuanya seperti tiada kaitan dengan gangguan jin...dan kita boleh kaitkan punca- puncanya sebagai perkara biasa seperti...banyak fikir... kurang tidur...kurang rehat...kurang bersenam... kurang zat makanan...kurang berpengalaman...per- mainan perasaan...tekanan jiwa ...salah makan ubat dan sebagainya... Namun sebaiknya anda faham...satu beza yang paling besar antara saka dan sihir adalah kesannya... Kalau sihir biasanya mendadak...seperti kerasukan atau kesakitan mendadak... manakala saka...ia ada tanda-tanda jelas...tapi sangat banyak tanda yang tidak jelas...seolah-olah perkara biasa... Maka itu pentingnya setiap orang faham tanda-tanda- nya...kerana kesan-kesannya boleh meliputi di- berbagai sudut kehidupan sehari-hari... Dan kenyataannya ...ramai orang yang terus menan- ggung kesan gangguan saka tanpa berpeluang untuk berubat...semata-mata kerana kurang faham... Wallohu a'lam Nota . 1.Setiap masalah atau penyakit yang dapat dikaitkan secara jelas dan logik dengan puncanya... maka kemungkinan besar ia cuma penyakit atau mas alah biasa... ...tapi kalau hanya dapat diandaikan...dan kaitannya yang samar dengan sebab-sebab biasa... maka kemungkinan ia ada kaitan dengan gangguan jin samada jin liar...saka atau sihir...

No comments: