Sunday, January 29, 2012

BBERHIJRAH KEPADA YANG LEBIH BAIK..

Jangan takut untuk berubah, berani kerana benar.. Jika kita inginkan sesuatu yang berbeza, maka cara yang paling baik ialah mencipta perubahan didalam hidup kita. Inilah yang dinamakan hijrah dalam kehidupan.. Perubahan itu kadang-kala begitu berat dan menyakitkan. Tetapi dengan hanya melakukan perubahan kita akan menjadi manusia lebih bererti dalam hidup seterusnya sesuatu masalah dapat diselesaikan... Namun tidak dinafikan perubahan yang paling sukar adalah perubahan cara berfikir. Untuk mengubahnya ia memerlukan waktu dan kesabaran. * Namun sekiranya anda berjaya membuat perubahan, pastinya banyak perubahan hebat yang akan berlaku didalam hidup.Jadi jangan takut untuk berubah, apa yang ditakuti ialah hidup yang tiada perubahan...
Berubah bererti berhijrah kepada satu keadaan yg lebih baik dan sebagai insan ciptaanNya, kita dituntut berhijrah pada setiap masa dan setiap ketika sepanjang hayat kita didunia ini dan bukan hanya pada waktu dan ketika tertentu sahaja. Maka itu, berhijrah-lah dengan sebenar-benarnya ketahap yang lebih baik...senantiasa..TQ ALLAH SWT"

No comments: