Monday, January 23, 2012
JANGAN PERCAYAI SKIM MUDAH UNTUNG...
Pengguna Internet perlu sentiasa berhati-hati dengan pelawaan rakan Facebook untuk menyertai sebarang aktiviti pelaburan. - Gambar hiasan
LAMAN web sosial Facebook tidak dinafikan merupakan antara medan berinformasi berguna jika dipraktikkan dengan baik. Menyedari kemudahan dan kepentingannya, banyak pihak termasuk kerajaan memilih menyalurkan pelbagai maklumat menerusi laman web tersebut.
Namun di sebalik manfaatnya, terdapat juga pihak yang tidak bersikap jujur ketika bersosial dan sanggup mengambil kesempatan termasuk memperkenalkan skim pelaburan cepat kaya.
Laman profil kini rancak dibanjiri oleh iklan-iklan seperti ‘ingin cepat kaya’, ‘duit secara infiniti’, ‘tanpa kerja dapat duit’, ‘jana duit melalui Internet’ dan sebagainya bagi menarik pelabur baru.
Selain itu, kewujudan skim seakan-akan SwissCash, Forex (tukaran wang) dan seumpamanya juga semakin hari semakin berleluasa di Facebook.
Keghairahan dalam mengejar kekayaan antara faktor mengapa ramai mudah tertipu dan terjebak dengan skim pelaburan seperti itu....Namun harus diingat, bahawa tuah tidak datang bergolek, Duit tidak datang melayang...KITA PERLU BEKERJA KERAS UNTUK MENDAPATKAN GANJARAN YANG DIKEHENDAKI...Itu sahaja faktor yang harus kita gunakan untuk membezakan skim-skim yang pelbagai yang ditawarkan dalam Laman Sosial ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment