"Jangan kita sangka,dengan sangka yang jahat, kawan kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa. Jangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji. Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna..
Mungkin pada hakikatnya,,Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga. Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawan kita itu bukanlah Malaikat. Dia juga Manusia. Bersangka lah dengan benar baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita bersama-sama berbahagia dan berjaya masuk ke syurga duniakhirat bersama-sama.."
No comments:
Post a Comment