Monday, January 16, 2012
OHH..MAWAR-KU...
POKOK Mawar di taman syurga disukai ramai dan sangat cantik untuk penyeri laman. Pokok mawar dikategorikan sebagai pokok manja,kita kena selalu menjaganya dengan penuh belaian dan kasihsayang baru bunganya lebat,segar dan mekar indah beserta baunya yang harum dan wangi,
Selain baunya yang harum,wangi mawar menjadi pilihan ramai kerana sering diterjemahkan sebagai lambang kasih sayang. ....
Setiap warna bunga mawar membawa makna atau lambang yang berbeza. Malah, masyarakat kita percaya, warna bunga membawa makna tertentu. Warna merah bermaksud romantik dan lambang kasih sayang dan cinta, manakala mawar kuning bererti kebebasan dan sering menjadi hadiah untuk ucapan tahniah atas kejayaan, pengantin baru atau persahabatan.Mata yang teriritasi, lelah,letih atau sakit dapat diringankan dengan mawar...
Allah sampai cerita bertapa kelebihan bunga mawar merah ini ,Firman Allah swt ,
" Maka ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak."..(Surah Ar-Rahmaan 55:37)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment