Friday, January 13, 2012

TINGKATKAN KEIMANAN MU...

Andai di dalam hati mu ada TAMAN.
Semailah ia dengan benih-benih KEIMANAN.
Bajai ia dengan amal maaruf yang BERKEKALAN.
Siramilah ia dengan istiqomah yang BERTERUSAN.
Supaya bercambah mekar bunga-bunga KETAQWAAN.
Lindungilah ia daripada parasit nafsu yang MENYESATKAN.
Lalu disuburkan lagi dengan perisai tawaqal dan KESABARAN.
Sehingga tegap merimbun berbekal haruman penuh KEREDHAAN.
Melalui cahaya cinta Illahi dan rahmat kasih sayang-Nya AR-RAHMAN.

No comments: