"Alangkah susahnya mendapat kawan
bukan kenalan
di akhir zaman ini
berpunca dari hati
hati telah rosak sama sekali
kerana dunia memautnya
alangkah susahnya mencari kawan
kebaikan kita disoroknya
bahkan didengkinya
kejahatan kita dicanangnya
merata negeri
kesalahan yang sedikit dibesar-besarkannya
yang besar apatah lagi
alangkah sepinya dunia ini
walaupun hidup di tengah masyaraka tnya
kerana kawan sudah tidak ada lagi
yang ada hanya kenalan di kedai kopi."
No comments:
Post a Comment