Saturday, January 14, 2012

SUARA YG KU RINDUKAN...

Kisah ini terjadi keatas diri saya sewaktu saya tidur didalam surau seorang diri.
Sememangnya tidak dapat dinafikan ketika kita masih didalam peringkat untuk meningkat dewasa tetap ada walau sedikit dalam diri akan sikap nakal.Kenakalan saya ketika itu cuma lewat hendak pulang kerumah.Biasalah masih dalam peringkat remaja masih tabiat suka lepak dengan kawan-kawan.
Sungguh menghairankan saya diketika itu,terdetik dihati saya merasa takut hendak pulang kerumah. .Cuma takut akan dimarah oleh orang tua.Oleh kerana tidak mahu orang tua memarahiku,saya bercadang nak tidur di Surau yang ada didepan rumahku.

Maka,saya pun pergilah ke Surau tersebut.Oleh kerana mata ini terlalu letih,saya pun menutup mata dengan niat dihati hendak tidur. .Tetapi belum lama saya memejamkan mata. .

TIBA-TIBA. .

Saya mendengar suara seorang wanita membaca ayat-ayat suci Al-Quran.Sungguh merdu suara itu.
Terlintas dihati saya ingin melihat wajah wanita itu. .Tetapi bila saya membuka mata,saya tidak melihat sesiapun yang berada didalam surau tersebut.Apabila saya memejamkan mata semula saya terdengar lagi.
Ini bukan mimpi tetapi siapakah dia?

No comments: