Allah menimpakan bala bencana ke atas kaum Nabi Lut kerana perbuatan keji mereka...
Negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan Allah menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.
Dua ayat Quran di bawah mengisahkannya...
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? (Quran, surah Al-Araf, ayat 80)
Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.
(Quran, surah Hud, ayat 82)
Bacalah tafsir Quran, apakah kegiatan yang dilakukan oleh kaum Nabi Lut...nauzubillah! Moga mereka mendapat hidayah dan negara dihindari...
No comments:
Post a Comment