"BAIK ADA DARI TIADA ------------------- UMAT ISLAM BOLEH ADA AKAUN FACEBOOK – BH Hukum berdosa besar jika diguna tujuan mudarat KUALA LUMPUR: Hukum mempunyai laman sosial facebook adalah dosa besar dan dilarang dalam Islam, jika digunakan atas tujuan yang mendatangkan mudarat termasuk melemparkan fitnah, mencaci serta memburukkan orang lain. Sebaliknya, jika laman sosial itu digunakan menyampaikan maklumat benar dan berinteraksi dengan orang lain secara berhemah adalah diharuskan. Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Abdul Shukor Husin berkata, tidak menjadi masalah bagi seseorang mempunyai akuan laman sosial itu, malah facebook sendiri sebahagian daripada lambang kemajuan manusia dalam dunia penerokaan ilmu teknologi maklumat (ICT). “Facebook satu rangkaian sistem dibangunkan atas tujuan komunikasi menyalur dan mendapatkan maklumat, kita tidak boleh sekat atau haramkan terus penggunaannya kerana ia memberi manfaat jika diguna atas kehendak yang baik. “Selain itu, ia tidak mempunyai nyawa dan akal, sebaliknya digerakkan sendiri oleh manusia yang menggunakannya, apa pun hukumnya bergantung pada si pengguna bukan sistem itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment