Nabi SAW bersabda: "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain.
--Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan hidup) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt..Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya.
--Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradik sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya".
--Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu?"
--Rasulullah saw menjawab: "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu dia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya." ~ (Hadis Riwayat Baihaqi)"
No comments:
Post a Comment