Saturday, January 14, 2012
DALAM HATI INI, ADA TAQWA...
...ingat! sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada
segumpal darah. Jika ia baik, baiklah jasad
seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad
seluruhnya. Ingat! Itulah hati..
(H.R. Bukhari & Muslim)
Dalam hati ada taqwa.Apakah kita mengerti akan
maksudnya mahupun apakah kita mampu
menjaga hati kita sendiri?
Bagaimana cara yang terbaik untuk kita
meningkatkan ketaqwaan kita,sebab kadang-
kadang kita terlalu sukar untuk meningkatkan
ketaqwaan?Apakah caranya ialah menjaga hati insan lain.Tidak! Segalanya bermula dari Kita sendiri.Hati kita
adalah segumpal darah maka kita gunakanlah otak
kita untuk memikirkannya. .Bagaimana?
RENUNGKAN PADA DUNIA. .Seandainya dunia ini
semuanya diberikan kepada kita. .Yang berguna
adalah makanan.
Bila kita bijak memilih makanan dengan seimbang
maka kesihatan kita akan menjadi baik dan dengan
sesungguhnya hati kita menjadi bersih.
Selain daripada itu,Yang merosakkan
hati,kebanyakan masyarakat masa kini mempunyai
tabiat meminum arak,merokok dan mengambil
benda-benda yang terlarang malah haram.Perkara-
perkara sebegini memberi kesan yang negatif dan
merosakkan hati.
Setiap hari kita memikirkan bagaimana hendak
meningkatkan ketaqwaan seandainya dalam
kehidupan kita bercampur aduk dengan urusan
dunia yang tidak mendatangkan
manfaat.Renungkanlah seandainya kita mahu
mencari keredhaan dan keberkatan
Allah. .berpegang teguhlah pada Al-Quran dan
Sunnah Rasulullah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment