1. Status kurang sabar-marah-caci maki-lepas perasaan, mencerminkan nilaian iman anda. Sabar sebahagian dari keimanan. Kurang sabar, iman mungkin ada problem. Semua maklum tentang ni.
2. Status gelak memanjang dan berlebihan-lebihan, juga cerminan nilai iman dan akhlak. "Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak" ( Surah al-Taubah ayat 82 ). Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan ketawa sedikit dan banyak menangis." Mereka yang imannya tinggi, akan merasa gerun utk terlalu byk ketawa kerana takutkan natijah akhirat.
3. Status-status yang baik namun tidak ikhlas dengan tujuan tersendiri masing-masing. Org lain tidak dapat menilai, tapi kamu dan Dia mampu menilai iman sendiri. Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya amalan itu berdasarkan niat." Alhamdulillah buat yg ikhlas, astaghfirullah buat yang sebaliknya.
Iman tidak dapat diukur oleh sesiapa kecuali Dia, tapi tinggi rendah iman dapat dinilai dari amal perbuatan yg juga cerminan kepada akhlak si pelaku. IMAN dan AMAL SOLEH disebut bersama-sama dalam firmanNya: "dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.." ( Surah al-Baqarah ayat 25 ).
serasi dan selarikan iman dan amal. wallahua'alam.
No comments:
Post a Comment