"usahlah terlalu risau memikirkan perihal jodohmu, kerana segalanya sudah di tetapkan sejak dahulu, tercatat segalanya di luh mahfuz seorang pasangan buatmu, jauh jarak beribu batu sekalipun sampai waktu kan bertemu. walau perpisahan yang berlaku akan berakhir dengan pertemuan yang baru.
namun, jika tiada jodohmu dengannya, andai sudah disatu dengan cinta, diikat dengan pertunangan dan telah ditetapkan tarikh pernikahan,segalanya akan terhalang. sedangkan yang berkahwin jua mengalami perceraian.
oleh itu teman, sudahi air matamu, yakini takdirmu. setiap yang berlaku bersama hikmat yang tertentu.
berhenti mengejar cinta yang tidak pasti, apa yang terbaik kini, berdoalah hanya pada rabbi, semoga pintu hati ini hanya akan terbuka buat insan yang dipilih olehNya,bukannya cinta yang hadir kerana dipalit nafsu semata..
salam sayang~"
No comments:
Post a Comment