Saturday, December 24, 2011

CINTA YANG HAKIKI..

Melihat kepada sirah Rasulullah SAW bagaimana Siti Khadijah mendapat kemuliaan kerana berkorban apa saja untuk membantu perjuangan sang kekasih yang sangat dicintainya iaitu Rasulullah s.a.w. Banyak lagi kisah-kisah cinta zaman nabi NABI A.S. yang boleh kita jadikan contoh teladan dalam mewarnai erti Cinta seperti kisah cinta "Zulaikha dan Nabi Yusuf", "Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis", "Nabi Ibrahim dan Siti Hajar" dan lain-lain. Semuanya berkisar tentang Cinta dan pengorbanan kerana Allah swt. Sebaliknya di zaman kita ini, ada di antara gadis-gadis sanggup "mencabut nyawa sendiri" lantaran gagal dalam bercinta. Cinta yang sedemikian inilah yang membuatkan seseorang itu hina di dunia dan di akhirat. Nauzubillahhi min zalik... NABI SAW mengajar diri kita tentang CINTA,bila mana cinta kita telah benar,jujur,ikhlas kerana ALLAH,benar untuk nikahinya kerana ALLAH swt,maka luahkan lah perasaan CINTA kita itu kepada pasangan kita atau cinta sesama saudara islam,I LOVE ISLAM & I LOVE MUSLIM,SABDA NABI SAW,"Apabila seseorang itu mencintai saudaranya hendaklah ia memberitahu bahawa dia mencintainya"

No comments: