Thursday, December 22, 2011
HARI JUMA'AT YG DI BERKATI..
Firman ALLAH SWT ,
" Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah rehdakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. (Al-Maaidah 5:3)
Ayat terakhir wasiat ALLAH SWT ini di turun kan lepas waktu asar pada hari jumaat dan di turunkan kat padang Arafah... Setelah itu JIbril bertemu Rasulullah SAW dan berkata: "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah aku sempurnakan urusan agamamu maka terputuslah apa yang yang di perintah oleh Allah dan demikian juga apa yang di larang oleh Nya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu".
Setelah Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabatnya dan menceritakan apa yang di beritahu oleh malaikat Jibril, maka para sahabat pun tersangat la gembira sambil berkata "Agama kita telah sempurna!". Namun bagi Abu Bakar yang merupakan sahabat paling akrab dengan Rasulullah SAW tidak dapat menahan sebaknya lalu pulang ke rumah dan menangis. Para sahabat telah berjumpa dengan Abu Bakar lalu bertanya: " Wahai Abu Bakar, apakah yang membuatkan kamu menangis? sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempurna".
Maka Abu Bakar R.A berkata: " Wahai para sahabat, kamu semua tidak tahu musibah yang menimpa kamu.. Tidak kah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Nabi SAW menjadi janda".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment