Tuesday, December 27, 2011

CCTV SEDANG PERHATIKAN KAMU..

Apabila seseorang itu sedang berbuat perkara maksiat, dia pasti tak terfikir bahawa ketika itu segala gerak gerinya sedang dirakamkan oleh Allah s.w.t dan akhirnya rakaman itu akan ditunjukkan semula kepadanya sebagai bukti untuk mengheretnya ke neraka Allah.

Begitu juga dengan amal kebaikan serta apa yang kita lakukan atas muka bumi ini, selagi hayat dikandung badan, maka akan direkodkan segalanya tanpa tersisa sedikit pun. Dan ketahuilah, selain 'cctv' Allah ini, anggota² tubuh badan kita jua akan turut menjadi saksi di hadapan mahkamah keadilan kelak, kecuali mulut.

No comments: