Thursday, December 22, 2011

SALAM JUMA'AT

"Alhamdulillah, kita dipertemukan sekali lagi dengan hari Jumaat yang penuh barakah ini. Tiada yang paling indah selain mensyukuri nikmat-Nya setiap saat.

Sejauh mana pencapaian kita, sehebat mana kita, setinggi mana kita disanjung, kita akan rasai nikmat yang paling indah bila mana mengaku kita adalah hamba-Nya yang penuh kelemahan jua kekurangan.

Kita sering merasakan doa kita tak didengari bila mana hasrat memiliki sesuatu yang hebat tidak tercapai. Kita dambakan kereta buatan Eropah sedangkan ramai lagi yang berjalan kaki tak mampu memiliki hatta sebuah basikal.

Makanan yang kita makan sering meninggalkan sisa sedangkan ramai lagi yang bergelut mencari sesuap nasi.

Impian yang hebat bakal termakbul andai kita mensyukuri nikmat yang berada dalam genggaman. Sama-sama syukuri anugerah-Nya. ;)"

No comments: