Monday, December 26, 2011

CINTAI YG SATU...

"Kadang-kadang…. hidup ini terlalu indah untuk ditafsirkan…. terlalu sukar untuk di gambarkan… indahnya seindah Penciptanya yang Agung.. Subhanallah…. Kadang-kadang…. hidup ini terlalu getir… terlalu pahit untuk dikongsikan… terlalu membuatkan diri seorang kehibaan… terlalu pilu dan menyayat hati Adakalanya…. dia mampu tersenyum dalam kehambaran.. adakalanya dia mampu berdiri walau dipukul ombak kedukaan Namun…. dia hanya insan biasa… tak lari dari fitrahnya sebagai seorang insan… Di kala itu… dia mula goyah… tidak lagi mampu melangkah mahupun berdiri.. dia sudah hampir mahu mengalah.. namun Allah itu Maha Pengasih lagi Mengasihani…. Di saat dirinya hampir tersungkur… dia terpana… terkesima dan terus tersedar tersedar dari segala fantasi.. ia mula YAKIN… YAKIN bahawa YANG AGUNG itu HAKIKI… Dia gigihkan usaha melangkah setapak demi setapak… berusaha untuk mengejar sesuatu , Sesuatu yang mampu membawa dirinya kepada CINTA yang HAK kepada CINTA YA RABB YANG HAKIKI…."

No comments: