Sebentar tadi saya dan isteri memenuhi jemputan PENA untuk makan malam bersama Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Ab.Razak di sebuah hotel terkemuka di Ibunegara. Gembira mendengar pengakuan PM bahawa kemajuan negara menuju 2020 akan berjalan selari dengan 'Sastera dan Kebudayaan Melayu' yang kaya dengan perradaban dan bahasa.
Tahniah Dato' Sri..satu pengucapan yang sangat berani dan tegas meletakkan Kesusasteraan dan Bahasa Melayu dalam usaha memperteguhkan negara bangsa menuju kemajauan zaman...satu pengucapan yang tertinggal (tak tahu samada ditinggalkan dengan sengaja atau tidak) dan yang pasti, ia tidak dibuat oleh Tun Dr.Mahathir Mohammad semasa menggarapkan 'Wawasan 2020' dizaman pentadbirannya yang berakhir pada delapan tahun yang lalu.
Sasya masih ingat Tun M kata pada masa itu, "...sekiranya saya diberi pilih untuk memajukan ekonomi Orang Melayu dahulu, atau memajukan ekonomi Orang Melayu dahulu, maka saya memilih untuk memajukan ekonomi Orang Melayu dahulu..apabila ekonomi Melayu sudah maju dengan sendirinya orang lain menghormati Bahasa Melayu.."
Tetapi malangnya bila Tun M membuat keputusan untuk bersara dari jadi PM, ekonomi Orang Melayu berada di takuk yang sangat rendah, apatah lagi Bahasa Melayu terus terabai dan diabai..sedangkan bangsanya amat mengharapkan beliau memperkasakan Bahasa Melayu dulu sebelum berundur...maklumlah saya difahamkan minit2 mesyuarat serta dokumen2 lain jabatan2, agensi2 kerajaan hingga sekarang ditulis dalam Bahasa Inggeris (secara terpaksa!!).
Tahniah sahabat saya Dr.Saleh Rahmad Presiden PENA yang baru, telah berjaya membawa PM mengiktiraf Kesusasteraan dan Bahasa Melayu sebagai alat kemajuan negara yang akan disekalikan dalam menggarap kemajuan negara khususnya dalam mencapai Wawasan 2020.
Dalam majlis itu Perdana Menteri mengumumkan peruntukan ser
tamerta sebanyak RM5Juta untuk Institut Terjemahan Negara menerbitkan buku2 karya penulis khususnya para penulis muda untuk mencapai cita2 tersebut diatas, dan meminta PENA mengelolakannya.
Kami berharap Ketua Satu GAPENA dan Timbalannya Datuk Dr.A.Latif Bakar bekas Mahaguru saya serta AJK nya, dapat perhaluskan lagi isi kandungan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu yang bakal diperkasakan oleh Kerajaan itu, memandangkan GAPENA merupakan badan induk persatuan2 bahasa dan kesusasteraan Melayu yang termasuk didalamnya PENA sendiri.
Bahkan memang menjadi cita2 GAPENA selama ini untuk mendengar pengumuman dari Pucuk Pimpinan Negara untuk hal yang seperti ini .Inilah cita2 kaum penulis dan Sasterawan negara ini ..yang ditunggu berabad2 lamanya..!
No comments:
Post a Comment