Saturday, December 3, 2011

TO BE ANALYSED..

Masya Allah (ما شاء الله) (Apa yang Allah kehendaki)
Subhan Allah (سبحان الله) (Maha Suci Allah)
Alhamdulillah (الحمد لله) (Pujian bagi Allah)
Allahu A`lam (الله أعلم) (Allah lebih mengetahui)
Jazaka Allahu Khairan (جزاك الله خيراً) (Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan).

  • Soal kesan dan natijah pada orang lain atau orang kafir adalah KERJA ALLAH bergantung kepada KERJA buka pintu hidayah.
    Pintu Hidayah pula diletakkan pula adab-adab untuk membukanya. Selagi tak beradab selagi itu tak terbuka.
    Adab yang sama sepertimana Nabi s.a.w. diperintahkan untuk itu, sama juga diamal oleh para sahabat.
    Sangkaan baik adalah salah satu adabnya dan merupakan kekuatan yang utama dalam pintu Hidayah terbuka dengan luas.

    Dan bukan bererti bila pintu hidayah itu terbuka, bererti semua akan dapat Hidayah. Tidak. ALLAH SWT telah letakkan syarat, ALLAH tidak beri hidayah kepada orang yang ZALIM, FASIK (DERHAKA), dan banyak lagi yang telah ALLAH maklumkan.

    Seperti ABU JAHAL, telah lihat banyak mukjizat nabi s.a.w. Namun ALLAH tidak beri hidayah kepadanya.
    Seperti ABU TALIB, walaupun dia baik dengan nabi s.a.w. Namun ada sesuatu dalam hatinya menghalang daripada hidayah ALLAH sampai kepadanya. Itulah usaha.

    Dimana usaha kita , kerja kita hanya buka pintu hidayah. dan bukan buat kerja ALLAH beri hidayah atau memberi kesesatan.

    Tetapi rata hari ini, kita tidak lakukan sepertimana nabi lakukan, macam mana nak beri kesan yang sebenar, seperti kita sedar ALLAH pemberi HIDAYAH dan KESESATAN dan kita ini makhluk hanya menjalankan kerja sahaja

    11 minutes ago ·  ·  1

  • An Nissa 
    Tugas kita manusia ialah melaksanakan apa yang diperintah kepada kita olehNya... sedaya upaya mungkin, dan semaksima mungkin... Hasilnya dan natijahnya adalah kuasa Allah semata2... Hidayah adalah hak mutlak Allah SWT. DiberikanNya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Begitu mahal nilainya hidayah ini bagi manusia sehingga kita dituntut memohon daripadaNya 17 kali setiap hari sekurang-kurangnya dalam solat fardhu. Bahagia atau sengsaranya hidup seseorang itu bergantung kepada hidayahNya.

    Bayangkan bapa saudara nabi Abu Talib yang menjaga dan menyayangi Rasulullah SAW lebih dari anak-anaknya sendiri tidak terpilih untuk menerima hidayah Allah SWT yang mahal nilainya mati dalam kekufuran sehingga Allah berfirman kepada Rasulullah SAW dalam surah al-Qasas: 56 :

    " Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya.."...

No comments: