Perkara penting yang menjadikan seorang insan itu terbilang adalah akidah yang benar, kata-kata yang benar, usaha yang benar dan menerima apa yang Allah swt berikan dengan cara yang benar dan membahagi-bahagikannya juga secara benar.
Sebab itulah sifat pertama dari empat sifat Nabi saw ialah Siddiq. Berani kerana benar, bercakap benar dan mempertahankan kebenaran adalah sifat seorang pejuang dan pemimpin agung. Fikir-fikirkanlah secara benar.
No comments:
Post a Comment