Monday, December 12, 2011

Ketika menghadap Allah swt...

"Dirawikan dari Hatim Al-Ashom.Ketika tiba solat:
*Kusempurnakan wudhuku.
*Pergi ketempat solat.
*Diam sejenak kerana hendak mengumpulkan seluruh jiwaku.
*Lalu kudirikan solat.
*Jadikan Kaabah di depan mataku.
*Sirat di bawah tapak kakiku.
*Syurga di kananku.
*Neraka di kiriku.
*Malaikat maut dibelakangku.
*Dan kukira itu solatku yang terakhir.
*Kemudian aku berdiri di antara berharap dan takut.
*Takbir dengan bersungguh-sungguh.
*Membaca dengan tartil.
*Rukuk dengan tawadhuk.
*Sujud dengan khusyuk.
*Aku duduk tahiyat awal dan akhir dengan ikhlas.
*Dan aku tidak tahu apakah solatku diterima atau tidak.

Rasulullah SAW bersabda:
'Tidakkah kuberitahukan tentang pencuri terburuk?'Mereka bertanya,'Siapa dia ya Rasulullah?'Baginda berkata,'Orang yang mencuri solatnya.'Mereka bertanya lagi,'Bagaimana dia mencuri solatnya?'Rasulullah SAW menjawab,'Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.'"

No comments: