Tuesday, December 13, 2011

JANGAN BERSANGKA BURUK..

Allah SWT berfirman (Surah Al-Hujuraat: 12) bermaksud...

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.
"Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”
❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.✮'•.¸☆☆'•.¸✮'•.¸☆❤*•¸.•´`¸.•❤´``•.✮'•.☆☆❤*•¸.•´`¸.•❤

Allah SWT mengingatkan kita, sebahagian prasangka itu perbuatan dosa kerana ia timbul daripada perasaan iri hati atau dengki terhadap seseorang.

Ia juga menyebabkan timbul tuduhan berasas kerana orang lain turut serta melakukan perbuatan serupa. Ini menambahkan lagi prasangka buruk sedia ada.

Teknologi komunikasi yang tidak bersempadan meluaskan penyebaran maklumat yang boleh meracuni akal manusia yang tidak tahu membuat pertimbangan antara fitnah dan hak."

No comments: