Saturday, December 17, 2011

HATI YG BAIK..

Hati memainkan peranan yang cukup penting dalam mencorakkan perjalanan hidup kita sama ada baik atau buruk.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya:
"Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi."

Oleh itu, kita hendaklah menjaga, merawat dan memberi makanan rohani yang terbaik kepada hati kita supaya hati kita melahirkan nilai-nilai yang baik-baik sahaja untuk diri kita dan perjalanan hidup kita. Apa-apa tindakan yang ingin kita lakukan bermula dengan niat dari hati kita, seandainya niat kita baik kerana Allah dan untuk mendapat redha-Nya, maka kita mendapat ganjaran di sisi-Nya walaupaun kebaikan yang kita lakukan itu hanyalah sedikit dan kecil di pandangan manusia. Begitu juga , seandainya kita membuat kejahatan hanya sedikit, maka kita juga akan mendapat balasan dari Allah.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (balasannya). (Az-Zalzalah : 7)

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (balasannya) . (Az-Zalzalah :8)"

No comments: