"Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkedipan, di sisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam?
Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.
Pilihlah dan beristiqomah dengan amalan yang mendapat redha-Nya..."
No comments:
Post a Comment