Monday, February 6, 2012

BERDAKWAH CARA RASULULLAH SAW

Rasulullah Berdakwah Secara Bijaksana TAPI KITA DAN sesetengah PARA ULAMA SEKARANG ? Rasulullah berdakwah secara berhemah, bijaksana, tidak mencaci orang dan sabar apabila dicaci, Rasulullah juga menunjukkan sifat-sifat yang terpuji, amanah dan seorang yang gigih dan berjaya dalam perniagaan. Rasulullah juga tidak pernah mencari musuh. Berbanding dengan Taliban yang merotan orang supaya pergi sembahyang dan yang tidak menyimpan janggut. Dan kita di sini, di Negara Malaysia boleh, mengkafirkan orang, mengkufurkan orang, menghalalkan darah orang. Rasulullah dan para sahabat tidak pernah menghina atau mencerca individu walaupun mereka sendiri menerima penghinaan dan cercaan. Bercakap dengan jelas dan tegas akan penyelewengan dan kezaliman yang dibuat oleh seseorang adalah perlu tetapi bukan sehingga mencaci dan menyumpah apatah lagi mencarut individu tersebut. Allah ada melarang kita dari mencerca sembahan orang bukan Islam, kelak mereka akan mencerca Allah dan Islam belebih-lebihan. Ada Hadis yang bermaksud lebih kurang - seseorang anak itu dianggap derhaka kepada ibu-bapanya jika ia mencerca ibu-bapa orang lain yang menyebabkan orang tersebut mencerca kembali kedua ibu-bapanya.Bebeza pula dengan cara kita berdakwah yang banyak disulami dengan cercaan dan hinaan seperti menyamakan keluarga seorang Islam sebagai gembala babi, ulamak-ulamak yang menyokong kerajaan sebagai syaitan bisu, ulamak sapu ketiak pemimpin, ular dalam semak, malah mencarut dengan carutan yang paling berat ( p***mak / bo*** ) dan supaya carutan ini nampak tidak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah maka dikatakan Tuhan juga mencarut. Dalam mengajar dan berdakwah, Nabi s.a.w. mengikuti cara yang telah digariskan oleh Al-Quran dalam firman Allah s.w.t. : "Ajaklah menusia kepada jalan Allah dengan hikmat dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara yang baik pula, sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang Maha Mengetahui tentang siapa tersesat dari jalannya dan Dialah Yang lebih Mengetahui orang yang mendapat petunjuk" (An-Nahl:125)

No comments: