Thursday, February 16, 2012

KITA SEBENARNYA..

••► Kita sebenarnya lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram ••► Kita sebenarnya lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal ••► Kita sebenarnya lebih membesarkan hari Sabtu n Ahad daripada hari Jumaat ••► Kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan ••► Kita sebenarnya lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada solat dan mengaji ••► Kita sebenarnya lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama Nabi ••► Kita sebenarnya lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum ••► Kita sebenarnya lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertahmid ••► Kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri ••► Kita sebenarnya lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku agama ••► Kita sebenarnya lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama ••► Kita sebenarnya lebih suka memaki, ngumpat orang daripada memuji mereka ••► Kita sebenarnya lebih suka mencarut, daripada menyebut MasyaAllah ••► Kita sebenarnya lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan ••► Kita sebenarnya lebih bangga dgn kejahilan kita drpd b'syukur dgn keimanan kita ••► Kita sebenarnya lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa... ••► KITA SEBENARNYA ingin menuju ke Syurga daripada ke Neraka » Layak kah kita dengan Syurga milik Allah Swt??

No comments: