Monday, February 13, 2012
HUKUM MEMANDANG WANITA.
Pandangan seseorang lelaki terhadap wanita ada tujuh jenis:
1. Pandangan lelaki terhadap wanita asing (bukan mahram) tanpa ada keperluan.Pandangan ini hukumnya tidak boleh.
Allah berfirman ertinya:
"Katakanlah kpd org lelaki yg beriman,'hendaklah mereka menahan pandangannya,memelihara kemaluannya;yg demikian itu adalah lebih suci bagi mereka,"
2.Pandangan seorang lelaki terhadap isterinya atau hamba sahayanya yg wanita.Dalam keadaan ini,ia boleh melihat seluruh tubuh wanita tersebut kecuali bahagian kemaluannya,kerana melihat kemaluan hukumnya makruh,apabila dilakukan tanpa keperluan,kerana hal itu menyalahi adab dan tatasusila.
Aisyah r.a menyatakan:
"Aku tidak pernah melihat (kemaluan) Baginda,dan Baginda tidak pernah melihat (kemaluan)ku.
3.Pandangan seorang lelaki kpd perempuan yg menjadi mahramnya atau hamba sahaya wanitanya yg sudahberkahwin.Pandangan jenis ini dibolehkan kecuali pada bahagian tubuh antara pusat dan lutut.
Allah Taala berfirman ertinya:
"Dan jgnlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali kpd suami mereka,atau ayah mereka,atau ayah suami mereka,atau putera2 mereka,atau putera2 suami mereka,atau saudara2 mereka,atau putera2 saudara perempuan mereka."
(An-Nur:13)
Abu Daud meriwayatkan dari 'Amr bin Syu'aib r.a,dari ayahnya,dari datuknya,ia berkata bahawa Rasullullah s.a.w bersabda:
"Jika seseorang diantara kalian telah menikahi hamba sahaya lelakinya dgn hamba sahaya wanitanya,maka janganlah ia melihat aurat(hamba sahaya wanita)nya.
4.Pandangan seorang lelaki terhadap wanita untuk tujuan menikahinya,hal ini dibolehkan selama dilakukan pada wajah dan kedua belah tapak tgnnya.
5.Pandangan seorang lelaki kepada wanita utk perubatan (mengubatinya dari penyakit).Hal ini dibenarkan sebatas keperluan yg diperlukan.Dalam masalah ini,disyaratkan agar wanita yg diubati ditemani oleh mahramnya atau suaminya dan dlm keadaan tidak ada wanita lain yg dapat mengubati.Apabila doktor muslim ada,tidak boleh berubat kpd doktor yg lain(bukan muslim).
6.Memandang wanita utk persaksian atau muamalah(jual beli dan lain2).Pandangan jenis ini dibenarkan sepanjang hanya melihat wajah,dan kerana keperluan,kerana apabila tidak dilihat,wanita tersebut tidak dapat dikenali.
7.Pandangan seorang lelaki kpd hamba sahaya wanita yg hendak dibelinya.Hal ini dibolehkan utk mengetahui cacat dan sebagainya.Kecuali kpd anggota tubuh antara pusat dan lutut maka dilarang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment