Thursday, February 9, 2012

IMPIAN DAN HARAPAN

Impian adalah keinginan dan kemahuan dari dalam diri manusia yang menjadi penggerak untuk maju. Impian merupakan hasrat yang akan menggerakkan manusia untuk mewujudkannya. Kita yang tidak mempunyai impian akan meninggalkan banyak perkara yang dianugerahkan oleh sebuah kehidupan. Hasrat atau kegigihan kita mudah sekali pudar, sehingga kita mengubah impian kita menjadi sederhana. Impian yang besar mempunyai kekuatan yang besar. Impian adalah merupakan sumber motivasi. Impian akan mempengaruhi fikiran di bawah sedar. Impian dapat menjamin kejayaan, kerana sentiasa menjadi sumber motivasi hingga mencapai tujuan atau menggapai tujuan seterusnya. Dorongan motivasi itulah yang akan menggerakkan tubuh dan mengatur strategi yang harus ditempuhi, misalnya bagaimana mencari informasi dan menjalin perhubungan ataupun bekerjasama dengan orang lain. Sebenarnya, kita juga dapat memperbaiki nilai dan menyempurnakan jati diri dengan kekuatan impian. Jadi jangan takut untuk bermimpi, kerana impian akan menimbulkan keinginan yang kuat untuk mencapainya. Impian mampu berperanan sebagai sumber motivasi, yang akan membangkitkan kemahuan dan harapan, sehingga kita mampu mengharungi semua rintangan dan kesusahan. Impian menjadikan kita bersemangat dalam apa saja yang kita lakukan. Impian itu sebenarnya merupakan sumber kekuatan untuk menghadapi dugaan atau cabaran. Rasa percaya menjadikan seseorang pantang kalah atau menyerah, walaupun mungkin orang lain mengkritik atau menghalang. Kepercayaan itu juga membentuk kesedaran bahawa kita diciptakan di dunia ini sebagai pemenang. Fokuskan untuk merealisasikan impian. Impian menjadikan seseorang bekerja lebih gigih dan lebih tekun. Seseorang yang mempunyai impian memahami bahawa kejayaan memerlukan pengorbanan, usaha, komitmen, masa serta dorongan dari orang lain. Oleh sebab itu, kita akan selalu bersemangat mengembangkan kemampuan tanpa berhenti dan mencapai kemajuan terus menerus hingga tanpa batas. Impian adalah merupakan daya dorong yang tersendiri dan luar biasa. Impian menjadikan kehidupan kita lebih mudah dilalui. Impian menjadikan manusia lebih kuat menghadapi segala rintangan dan cabaran. Kerana impian dapat menimbulkan kemahuan yang kuat untuk merealisasikannya. Kunci kebahagiaan adalah mempunyai impian. “Dreams are extremely important. You can’t do it unless you imagine it.” Jangan takut untuk mengimpikan sesuatu, jadikan impian itu sebagai nafas-nafas kehidupan kita.

No comments: