"Insyallah..orang Melayu adalah mereka yg beragama Islam dan menunaikan kewajiban mereka degan teguh dan melaksanakan tanggungjawabnya dengan tegas berserta dengan pendirian yg kukuh. Itu takrif orang Melayu, maka amalkanlah sifat sebegitu.
Dalam Jawi, Melayu = Mim Lam-Alif Ya Wau.
Mim - Muhammadarrasulullah
Lam-Alif - Laailahaillallah
Ya Wau- Yaumul Akhirah.
Sekian.
Friday, March 30, 2012
Thursday, March 29, 2012
PERISTIWA DI HARI JUMA'AT
TAZKIRAH RINGKAS
APA YANG BERLAKU PADA HARI JUMAAT DAN KELEBIHANNYA
1. Pernikahan antara Adam dan Hawa
2. Pernikahan antara Yusof dan Zulaikha
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi syuaib as
4. Pernikahan antara Rasulullah saw dengan Khadijah khuwailid.
5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Saba'
6. Pernikahan antara Rasulullah saw dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib ra dengan Fatimah Az-Zahra
Hari Jumat adalah HARI yang baik untuk mengadakan Perhubungan dan Pernikahan.
KELEBIHANNYA
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam as diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga"
“Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah Hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah Hari Jumaat.
Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada Hari Jumaat.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Sholat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar". (Hadis riwayat Muslim)
Sabda Baginda yang maksudnya :
“Sesiapa yang berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian dia (pergi ke masjid) untuk menunaikan Jum‘at, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jum‘at itu dan hari Jum‘at berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu (ketika khutbah) telah berbuat sia-sia”.(Hadis riwayat Muslim)
SALAM JUMA'AT DI KALA RIBUT PETIR..
Subhanallah!
Detik subuh pada penghulu hari ini, kilat dan petir saling sambar-menyambar..lalu kuteringat sabda Rasulullah SAW..
Baginda apabila ditanya tentang petir, Baginda menjawab,
مَلَكٌ مِنْ الْمَلَائِكَةِ مُوَكَّلٌ بِالسَّحَابِ مَعَهُ مخاريق مِنْ نَارٍ يَسُوقُ بِهَا السَّحَابَ حَيْثُ شَاءَ اللَّهُ
“Petir adalah malaikat yang diberi tugas mengurus awan dan bersamanya pengoyak dari api yang memindahkan awan sesuai dengan kehendak Allah.." (Hadis Riwayat At Tirmidzi r.a.)
Maka berdoalah..
Ibnu’ Abbas ra tatkala mendengar suara petir, beliau mengucapkan
سُبْحَانَ الَّذِي سَبَّحَتْ لَهُ
"Maha suci Allah yang petir bertasbih kepada-Nya.."
Lalu beliau mengatakan, “Sesungguhnya petir adalah malaikat yang meneriaki (membentak) untuk mengatur hujan sebagaimana pengembala ternakan membentak haiwannya..” (Lihat Adabul Mufrod no. 722, dihasankan oleh Syaikh Al Albani) —
Wednesday, March 28, 2012
KURANGKAN KETAWA, LEBIHKAN MENANGIS..
MUHASABAH: Kurangkan ketawa dan lebihkan menangis!!!
Firman Allah yang bermaksud, “Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak.” (Surah at-Taubah : Ayat 82)
Walaupun begitu , ketawa sedikit adalah dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.a.w, sepertimana sabdanya yang bermaksud , “Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.”
(Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).
Suatu ketika, Rasulullah berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: “Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”
(Hadith Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah).
3 NAFSU DIRI YG MEMBAWA KEHANCURAN
3 nafsu diri didalam diri yang mengarahkan ke arah kejahatan dosa,masiat dll....1. Nafsu Ammarah...2. Nafsu Lawwamah....3. Nafsu Mulhamah....... Firman Allah swt kepada nafsu diri didalam diri kita ini....“Sesungguhnya nafsu itu sangat menyuruh kepada kejahatan.” (suruh Yusuf: 53)
Ada pun nafsu yang telah mujahadah disisi Allah swt...yang telah berjuang melawannya,yang telah belajar ilmu kanannya,bahasa syurganya adalah nafsu-nafsu didalam diri yang telah mendapat pertujuk dan hidayah,taufiknya....
Nafsu diri didalam diri itu ialah ,
4. Nafsu Mutmainnah.....
5. Nafsu Radhiah...
.6. Nafsu Mardhiah....
7. Nafsu Kamilah....
Firman Allah SWT “Mereka yang berjuang ke jalan Kami melawan benting,hijab nafsunya, nescaya Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya ALLAH berserta dengan orang-orang yang benar buat baik.” (Al Ankabut: 69)...
“Wahai nafsu yang bersih,suci yang tenang. Kembalilah kamu kepada ALLAH, dengan hati SUCImu yang redha dan diredhai ALLAH. Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku.” (Al Fajr: 27-30)......
“Adapun orang orang lelaki dan wanita yang membesarkanALLAH dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya Syurgalah tempat tinggalnya.” (An Naziat: 40-41)......
Rasulullah SAW kesayang diri kita bersabda:
“Kita baru balik dari peperangan yang kecil kepada peperangan yang lebih BESAR .” Para Sahabat bertanya: “Adakah lagi peperangan yang lebih besar dari ini wahai Rasullullah saw,dan Apakah peperangan yang lebih BESAR itu wahai Rasulullah?” Jawab baginda SAW: “Perang melawan HAWA nafsu.
Tuesday, March 27, 2012
XPDC Aku Masih Di Sini Original (High Audio Quality)
Friday, March 23, 2012
SETIAP MALAM JUMA'AT..
'' Setiap malam jumaat dan hari jumaat seluruh ahli kubur keluar dari kubur dan menerima setiap satu talam yang dibawa oleh malaikat ditutup dengan sapu tangan serta bergemerlapan cahaya nya yang di dalam nya berisi doa-doa, amalan sedekah dan bacaan ayat-ayat suci Al-quran dari waris yang hidup untuk si mati"
masing-masing menerima nya dengan muka yang gembira dan bercahaya melainkan mereka yang 'tidak didoakan' oleh waris mereka, mereka masuk semula kedalam kubur dengan wajah yang sayu dan sedih tanpa mendapatkan satu pun talam walhal waris si mati masih ada"...selamat istirehat mari kita berdoa untuk semua yang telah pergi.. Alfatihah..."
masing-masing menerima nya dengan muka yang gembira dan bercahaya melainkan mereka yang 'tidak didoakan' oleh waris mereka, mereka masuk semula kedalam kubur dengan wajah yang sayu dan sedih tanpa mendapatkan satu pun talam walhal waris si mati masih ada"...selamat istirehat mari kita berdoa untuk semua yang telah pergi.. Alfatihah..."
6 PERKARA ALLAH SWT SEMBUNYIKAN
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Thursday, March 22, 2012
DASAR PEMBANTU RUMAH...SATU ISU JENGKEL
KUALA LUMPUR - Dasar seorang pembantu rumah satu tugas dengan bayaran gaji minimum RM700 sebulan telah dipersetujui oleh Malaysia pada mesyuarat Pasukan Petugas Bersama di Putrajaya awal Januari lalu, demikian dakwa pegawai Kedutaan Indonesia, hari ini.
Sehubungan itu menurut Menteri Penasihat Kedutaan Indonesia, Suryana Sastradiredja, tidak timbul soal pihaknya melaksanakan sesuatu di luar kandungan memorandum persefahaman (MoU) dan perkara yang dipersetujui oleh Malaysia dan Indonesia tahun lalu.
Pasukan Petugas Bersama dibentuk bagi membincangkan perincian MoU yang ditandatangani pada 30 Mei 2011.
Pada mesyuarat 10 Januari lalu, kata Suryana, pasukan tersebut telah mencapai persetujuan iaitu tugas pembantu rumah merangkumi empat jenis latihan yang ditawarkan iaitu pembantu rumah, pengasuh, penjaga orang tua dan memasak.
"Di mana majikan Malaysia hanya boleh pilih satu bidang tugas.
"Jika majikan memerlukan pembantu rumah membuat tugas tambahan, mereka perlu membuat perjanjian dan bersetuju dengan bayaran tambahan yang dipersetujui bersama (oleh majikan dan pembantu rumah),” kata beliau kepada Sinar Harian Online dalam satu pertemuan semalam.
Mengulas mengenai reaksi pemimpin negara ini yang menegaskan, Malaysia tidak pernah bersetuju dengan peruntukan itu, Suryana berkata, beliau sendiri tidak faham dengan perkembangan.
Katanya, kemungkinan wakil Malaysia dalam pasukan petugas itu tidak memaklumkan perkara yang dipersetujui kepada pemimpin mereka termasuk menteri.
"Sedangkan pada mesyuarat Pasukan Petugas Khas itu terdapat wakil antara kedua-dua negara dan mereka juga maklum mengenai persetujuan itu," katanya.
Minggu lalu, Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman berkata, gaji minimun RM700 akan dibayar kepada pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia.
Reyna juga dilapor berkata, amah terbabit hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada sebagai tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah.
Reyna mengetuai Pasukan Petugas Khas di pihak Indonesia.
Kenyataan beliau itu mencetuskan polemik dengan Malaysia mempertahankan bahawa akan berpegang pada kandungan MoU yang dipersetujui bersama tahun lalu.
Malah, Malaysia menegaskan soal gaji minimum RM700 dan satu tugas tidak pernah dipersetujui, dan tidak timbul.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula melahirkan kemusykilan beliau terhadap tindakan Indonesia menetapkan peraturan baru, antara lain memperuntukkan mereka hanya akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.
Kata Najib, peraturan baru yang diumumkan Reyna "tidak munasabah langsung."
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pula berkata, terpulang kepada Indonesia mahu menghormati atau tidak MoU berkenaan,
Beliau menegaskan, kementeriannya tidak akan berbincang atau merangka semula MoU yang sudah dipersetujui oleh kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia, tahun lalu.
Menjelaskan isu ini, Suryana berkata, antara perkara lain yang dipersetujui ialah gaji minimun RM700 untuk satu pengkhususan tugas, pasport dipegang sendiri oleh pembantu rumah, satu hari kelepasan kerja (tidak kira hari, bergantung pada persetujuan bersama antara majikan dan pembantu rumah) serta majikan perlu membuka akaun bank untuk rekod pembayaran gaji.
Menurut beliau lagi, langkah itu diambil memandangkan sebelum ini tugas sebenar pembantu rumah tidak mempunyai justifikasi yang jelas, sehingga timbul beberapa masalah termasuk penderaan terhadap pembantu rumah yang gagal memenuhi kehendak majikannya, dan kes lari rumah kerana mereka tidak tahan bebanan kerja yang banyak.
“Sedangkan, tugas sebenar pembantu rumah ialah menguruskan kerja-kerja di rumah seperti mengemas, membasuh baju, menyapu, mengelap lantai dan mengosok pakaian.
"Namun, tugas mengasuh anak ataupun warga tua ialah satu bidang tugas lain kerana kedua-duanya melibatkan nyawa manusia.
“Adalah mustahil untuk mereka melakukan semua tugas itu dalam satu masa kerana tugas menguruskan manusia ini memerlukan kemahiran yang tinggi terutama mengasuh anak, khususnya bayi yang memerlukan kemahiran tertentu dan mereka bukan ‘superwoman’.
“Misalnya menjaga orang tua yang sakit memerlukan perhatian menyeluruh termasuk membersihkan diri warga tua dan memberi ubat ataupun suntikan... jika mereka dibebani dengan urusan tugas yang lain, boleh menimbulkan masalah di kemudian hari,” jelas Suryana.
Sehubungan itu, bagi memastikan bekalan tenaga kerja yang dihantar ke Malaysia benar-benar berkemahiran dalam bidang pengkhususan ini, maka sebab itulah kerajaan Indonesia mewajibkan mereka untuk menjalani latihan selama 200 jam.
Indonesia sebelum ini melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumahnya ke Malaysia berikutan beberapa kejadian penderaan.
Pembekuan sementara itu ditarik balik pada 1 Disember lepas, susulan kesepakatan yang dicapai Najib dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dalam pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali November lalu.
Indonesia sepatutnya memulakan penghantaran pembantu rumah ke negara ini mulai bulan ini. Bagaimanapun dianjak ke bulan depan.
Ditanya jika rakyat Malaysia menolak untuk mengambil khidmat pembantu rumah dari Indonesia, Suryana menegaskan, rakyat Indonesia sendiri jika mereka sudah mempunyai kemahiran yang tinggi, pasti tidak akan memilih negara ini untuk bekerja.
"Mereka pastinya akan memilih untuk bekerja di negara lain seperti Hong Kong, Singapura ataupun Arab Saudi yang menawarkan gaji yang jauh lebih tinggi berbanding di sini," katanya lagi.
Wednesday, March 21, 2012
USAH KENAL DIRI KU..
"MENGENALIKU tidak akan membawa apa-apa manfaat kepadamu kerana disuatu masa aku pasti akan pergi dan meninggalkanmu dan ini tentunya akan membuatmu bersedih TETAPI mengenali,mencintai,mengasihi dan merindui ALLAH pasti akan memberi manfaat yang amat besar kepadamu kerana ALLAH tidak akan pergi darimu dan DIA tidak akan sesekali membuatmu merasa kecewa dan sedih."
Tuesday, March 20, 2012
SIFAT PEMAAF PENYELAMAT DI MAHSYAR
Suatu hari Anas bin Malik r.a. serta ramai para sahabat yang lain duduk di sisi Rasulullah saw, tiba2 mereka melihat Rasulullah tersenyum.. Anas merasa hairan apabila Rasulullah saw tiba2 tersenyum gembira sehingga kelihatan gigi, lalu Anas bertanya:- "Apakah yang menyebabkan Rasulullah tersenyum gembira??"
"Yang menyebabkan aku tersenyum kerana ada 2 orang di kalangan umatku di akhirat, keduanya merangkak di hadapan Allah SWT kerana minta diselesaikan kes yang melibatkan antara keduanya." "Seorang daripadanya merayu kepada Allah swt: Wahai Tuhan, tolong balaslah terhadap orang ini, sesungguhnya dia sangat zalim dan telah menzalimi aku semasa di dunia dahulu, dengan berbagai2 perbuatan zalim.
Lalu Allah SWT memerintahkan orang yang zalim itu membayar gantirugi, sebagai jalan penyelesaian untuk kes mereka berdua, tetapi orang yang zalim itu tidak dapat berbuat demikian, kerana tiada suatupun yang boleh untuk membayar kepada orang yang menuntut itu.
Orang yang berbuat zalim itu berkata: Dengan apakah aku hendak membayarnya, sedangkan tiada suatupun kebaikan yang tinggal padaku, kesemuanya telah habis ditunntut oleh orang lain.
Ketika itu orang yang kena zalim itu meminta agar orang yang zalim itu mengambil kejahatan dan dosa yang ada pada dirinya.
Pada ketika itu Rasullah menitiskan air mata, Nabi menangis mengingati peristiwa Mahkamah Allah ang mendengar kes pengaduan kedua2 umatnya yang sangat menyayat hati. Lelaki yang melakukan kezaliman itu ingin membayar tuntutan tersebut, tetapi tidak terdaya kerana sudah tidak ada apa-apa yang tinggal untuk dirinya. "
Jelas Nabi kepada Anas Lalu Rasulullah pun bersabda: "Sesungguhnya itulah suatu hari yang sangat dahsyat, sehingga sampai ke suatu peringkat manusia mencari orang lain untuk memikul dosanya".
Ketika seorang dari dua orang yang berbalah di Mahsyar menuntut agar dosa mereka dipikul oleh orang yang menzaliminya, maka ketika itu Allah swt memperlihatkan sebuah mahligai tersergam di dalam jannah: "Tidakkah kamu melihat mahligai itu?" Ujar Tuhan kepada manusia yang sedang menuntut keadilan dari Tuhan terhadap taulannya. "Ya, saya nampak sebuah mahligai yang diperbuat dari emas dalam sebuah taman dari perak, untuk siapakah itu wahai Tuhan? Mungkinkah untuk nabi2 ataua syuhada atau mungkin juga untuk golongan siddiqin?" Ujar orang itu
"Mahligai itu untuk siapa sahaja asalkan mereka sanggup membayar harganya" Jelas Tuhan
"Jika demikian adalah mustahil saya dapat memiliknya, kerana saya tidak punya apa di sini untuk membayar harga mahligai emas" ujar manusia itu
"Justeru kamu masih berpeluang memilikinya, kerana kamu masih memiliki barang bernilai yang dapat membayar harga mahligai itu".
"Bagaimana caranya?" tanya orang itu kepada Tuhan penuh kehairanan.
"Iaitu sekiranya kamu sedia memaafkan rakan kamu dan tidak menuntutnya agar dia memikul dosamu" Tuhan menjelaskannya.
Dengan melompat kegembiraan orang itu berkata, "Wahai Tuhanku, kalau begitu aku segera memaafkan dia, terhadap apa-apa jua kezaliman yang telah dilakukan kepada saya " Ujar manusia itu dengan perasaan gembira yg tak terhingga.
Lalu Allah SWT memerintah malaikat agar membawa orang itu ke dalam mahligai yang terbina di sebuah jannah dari perak, kemudian Tuhan mengizinkan orang itu membawa bersama taulannya memasuki syurga itu.
Demikian Rasulullah SAW menceritakan kepada Anas bin Malik r.a. suatu peristiwa di akhirat bagaimana dua orang cuba menyelamatkan diri di hari yang tiad pertolongan kecuali pertolongan Allah. Satu kemaafan yang dapat menyelamatkan dirinya dan juga rakannya dari sengsara mahsyar.
Justeru itu alangkah baiknya jika manusia memahami betapa perlunya seseorang itu mempunyai sifat toleransi dan pemaaf terhadap sesama manusia kerana sifat pemaaf itu akan mendatangkan kebajikan kepada dirinya dan juga orang yang diberi kemaafan. Memaafkan orang lain dari kesalahan yang dlakukan terhadap dirinya, bererti menolong saudaranya dari beban dosa, sifat itu menjadi saluran rahmat Allah terhadap dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW
"Sesungguhnya Allah Taala tidak menyayangi kecuali kepada hambaNya yang penyayang, tidak mengampun kecuali terhadap hambaNya yang pengampun dan tidak menerima taubat kecuali terhadap HambaNya yang sanggup memaafkan kesalahan saudaranya"
D'SAAT RESAH..
"Di saat-saat resah, al-Quranlah yang paling mujarab,
kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta.
Allahlah kekasih yang paling memahami.
Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihat! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya.
Betapa agungnya cinta Allah.” –
Bajailah dan siramilah ukhuwah yang kita bina ini dengan siraman kasih sayang Serahkan dirimu sepenuh hati padaNya..maka Allah akan memberi kekuatan sebagai ganti kelemahan..keamanan sebagai ganti ketakutan dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan.”[Kalam Dr Yusof Al-Qardhawi ] —"
kerana ia adalah warkah cinta dari Pencipta.
Allahlah kekasih yang paling memahami.
Masakan tidak, Dialah Raja segala cinta kerana Dialah sebenarnya Pencipta cinta. Lihat! dengan sifat cintanya berkasih sayanglah semua makhlukNya.
Betapa agungnya cinta Allah.” –
Bajailah dan siramilah ukhuwah yang kita bina ini dengan siraman kasih sayang Serahkan dirimu sepenuh hati padaNya..maka Allah akan memberi kekuatan sebagai ganti kelemahan..keamanan sebagai ganti ketakutan dan kecukupan sebagai ganti kemiskinan.”[Kalam Dr Yusof Al-Qardhawi ] —"
A LESSON IN MARKETING..
"A Professor explained Marketing to MBA students 1. You see gorgeous girl in party, you go to her & say I am rich marry me That's Direct Marketing. 2. You attend party & your friend goes to a girl & pointing at you tells her. He' is very rich, marry him - That's Advertising. 3. Girl walks to you & says u are rich, ca...n u marry me? "That's Brand Recognition" 4. You say I m very rich marry me & she slaps u "That's Customer Feedback" 5. You say I m very rich marry me & she introduces you to her husband "That's Demand & Supply Gap" 6. Before you say I m rich, marry me, your wife arrives That's Restriction from Entering New Market. ""
Monday, March 19, 2012
BIDA'AH
“Bid’ah adalah apa yg bertentangan dgn al-Kitab dan as-Sunnah, atau ijma’ para Ulama Salaf dari bentuk² ibadah dan i’tiqad, seperti pendapat al-Khawarij, Rafidhah, Qadariyah, Jahmiyah dan mereka yg beribadah dgn tarian dan nyanyian di masjid. Begitu juga dgn mereka yg beribadah dgn cara mencukur janggut, menghisap atau memakan Syisyah (ganja) dan pelbagai jenis bid’ah lainnya yg dijadikan sebagai ibadah oleh sebahagian golongan yg menyelisihi al-Kitab dan as-Sunnah. Wallahu a’lam.”
[Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 18/346]"
[Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 18/346]"
Thursday, March 15, 2012
JIWA KU BERKATA...
Jiwaku berkata padaku dan menasihatiku agar mencintai semua orang yang membenciku,
Dan berteman dengan mereka yang memfitnahku.
Jiwaku menasihatiku dan mengungkapkan kepadaku bahawa cinta tidak hanya menghargai orang yang mencintai, tetapi juga orang yang dicintai.
Sejak saat itu bagiku cinta ibarat jaring lelabah di antara dua bunga, dekat satu sama lain;
Tapi kini dia menjadi suatu lingkaran cahaya di sekeliling matahari yang tiada berawal pun tiada berakhir, Melingkari semua yang ada, dan bertambah secara kekal.
Jiwaku menasihatiku dan mengajarku agar melihat kecantikan yang ada di sebalik bentuk dan warna.
Jiwaku memintaku untuk menatap semua yang buruk dengan tabah sampai nampaklah keelokannya.
Sesungguhnya sebelum jiwaku meminta dan menasihatiku,
Aku melihat keindahan seperti titik api yang tergulung asap;
tapi sekarang asap itu telah tersebar dan menghilang, dan aku hanya melihat api yang membakar.
Jiwaku menasihatiku dan memintaku untuk mendengar suara yang keluar bukan dari lidah maupun dari tenggorokan tapi dari Hati.
Dan berteman dengan mereka yang memfitnahku.
Jiwaku menasihatiku dan mengungkapkan kepadaku bahawa cinta tidak hanya menghargai orang yang mencintai, tetapi juga orang yang dicintai.
Sejak saat itu bagiku cinta ibarat jaring lelabah di antara dua bunga, dekat satu sama lain;
Tapi kini dia menjadi suatu lingkaran cahaya di sekeliling matahari yang tiada berawal pun tiada berakhir, Melingkari semua yang ada, dan bertambah secara kekal.
Jiwaku menasihatiku dan mengajarku agar melihat kecantikan yang ada di sebalik bentuk dan warna.
Jiwaku memintaku untuk menatap semua yang buruk dengan tabah sampai nampaklah keelokannya.
Sesungguhnya sebelum jiwaku meminta dan menasihatiku,
Aku melihat keindahan seperti titik api yang tergulung asap;
tapi sekarang asap itu telah tersebar dan menghilang, dan aku hanya melihat api yang membakar.
Jiwaku menasihatiku dan memintaku untuk mendengar suara yang keluar bukan dari lidah maupun dari tenggorokan tapi dari Hati.
HANTU BOLEH BUNUH ORANG ?
Hantu tidak mampu membunuh manusia? Dengan izin Allah, mungkin. Saya tidak pasti. Namun, mampu menjadi asbab kepada kematian manusia.
Namun, yang pasti manusia memang mampu membunuh manusia dengan izin Allah. Itupun kerana terdorong syaitan dan nafsu. Mengenakan sihir dan ilmu hitam pada orang-orang yang dia kehendaki, orang yang dia sakit hati. Sakit hati sebab orang tu lebih senang dari dia, sakit hati sebab tak dapat orang yang dia nak, sakit hati lihat orang lain bahagia. Mereka lebih 'hantu' dari hantu. Lebih 'syaitan' dari syaitan.
Firman Allah:
"Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi." (Al-Mujaadilah ayat 19)
"Kemudian aku (iblis) datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur." (Al-A'raf ayat 17)
Orang yang suka menyihir dan menjampi orang, hentikanlah. Tak waras lgsg buat macam tu. Kalau orang dah tak suka, cari saja orang lain. Kalau orang lain kaya, usahalah sungguh-sungguh jadi kaya juga. Stoplah dengki. Saya tahu yang buat ni majoritinya educated. Educated belajar je, iman failed. Syirik, hentikanlah.
---
Kes kemalangan akibat terlihat, diganggu hantu di dalam perjalanan. Ia memang terjadi dan sudah ramai yang menceritakan, sehingga difilem dan didramakan. Cuba tanya mereka yg pernah kena, cuba selidiki. "Solat hajat tak sebelum bermusafir lalu kawasan hutan malam2?", "Baca doa tak?", "Mulut celupar tak?", "Buang air di merata2 tempat tak? Basuh cuci tak najis?", "Fokus ke tak?", "Malam2 lalai dengan lagu2 atau dengar bacaan ayat suci al-Quran?". Check semua sudut.
Kalau ternampak juga walaupun sudah buat semua persediaan, kemudian berlaku kemalangan, ingatlah itu semua dengan izin Allah.
Hantu tak mampu membunuh, tapi mampu menjadi asbab pembunuhan. Ramai meninggal akibat disihir, tapi bukan sihir yang mematikan, tapi ingat memang dah sampai masanya Allah ambil nyawanya. Jangan kita kata, "org tu mati kerana disihir." tapi katalah, "Innalillahi wainna ilaihi raaji'un. Allah Berkuasa Segala. Nyawa milikNya."
Hantu dan syaitan tidak berkuasa mematikan sesiapa. Cuma mampu jadi antara sebab kepada kematian.
---
Sampai sekarang saya masih tertanya-tanya adakah hantu mampu membunuh setelah melalui kejadian kereta yg dinaiki dlm keadaan freegear, handbrake angkat, bergerak dgn sendiri di lebuhraya Grik di tgh2 malam. Akhirnya saya muhasabah, itu semua dengan izin Allah untuk mengingatkan diri jangan terlalai walau di mana kita berada. Bila kita lalai, di situlah syaitan menjelma.
INI YG SEBENAR NYAA...HIDUP UMNO
Mari kita sokong BN. Kita sokong semua kaum , samada Melayu , Cina dan India.Ini bukan masalah UMNO atau orang Melayu , tetapi masalah seorang pemimpin yg kecewa dan berdendam.Pemimpin ini asalnya dari UMNO dan sekarang telah menjadi bekas UMNO.Melayu , Cina dan India hidup dengan harmoni dari 1957 sehingga 2006.Bila pemimpin ini keluar dari penjara pada 2006 , beliau telah mendapatkan bantuan kewangan dari Pertubuhan Yahudi-Amerika untuk membiayai kempen pilihanraya pada 2008.Beliau berjaya dgn kempen tersebut.Dan apa yg terjadi hari ini ialah kerana hasutan kebencian dari pemimpin tersebut yg mengapia-apikan bahawa UMNO adalah perti perkauman. Tetapi dia lupa semua kaum hidup dgn harmoni dari 1957 hingga beliau keluar dari penjara pada 2006 ..dan dalam tempoh tersebut UMNO dan BN yg memerintah.Beliau juga sebahagian dari UMNO yg pernah memerintah.Masalah ini bukan masalah UMNO atau MCA atau DAP atau PAS , tetapi ini berpunca dari hasutan pemimpin tersebut.
Samada Cina atau India boleh memerintah dan memimpin negara ini jika layak.Bukan melayu saja yang layak.Adalah tidak benar mengatakan ini negara Melayu semata-mata.Cina dan India juga ada hak ke atas negara ini kerana 3 kaum ini telah bersama-sama pergi ke London menuntut kemerdekaan dari British.Apabila kemerdekaan di berikan , UMNO telah menghormati janjinya kepada kaum Cina dan India agar tidak menjalankan undang-undang Islam yg terdapat hudud di dalamnya, tetapi hanya undang-undang biasa ataupun undang-undang sivil. Oleh itu pada hari ini UMNO telah di tuduh oleh PAS sebagai mengkhianati Islam kerana tidak menjalankan hukum hudud.Sebenarnya UMNO cuma menghormati janjinya dgn kaum Cina dan India yg telah bersusah payah bersama-sama mereka menuntut kemerdekaan dari British. Seperti sahabat yg sentiasa memegang janjinya dgn sahabat yg lain samada masa senang atau masa susah
UMNO juga telah menghormati janjinya dgn MCA dan kaum Cina agar memberikan hak mengamalkan kehidupan mengikut cara dan budaya mereka. UMNO sekali lagi menghormati janji mereka dgn kaum Cina dgn membenarkan lesen kedai minuman keras dan lesen perjudian di Genting Highland.Tetapi dengan syarat kaum Cina tidak membenarkan orang Islam membeli minuman keras dan memasuki premis perjudian di Genting Highland. Inilah antara pengorbanan UMNO kepada orang Cina dan India yang , iatu dengan membenarkan mereka mengamalkan cara hidup mereka.Tetapi akibat dari itu , UMNO terpaksa membayar harga yg cukup tinggi.Hari ini PAS dan parti pembangkang menuduh UMNO sebagai parti jahat yg membenarkan minuman keras dan perjudian . Tetapi akhirnya apabila mereka berkuasa dan memerintah 4 negeri , PAS tidak pula menarik lesen kedai minuman keras , sebaliknya membenarkan orang Cina beroperasi.Malah Dr Hassan Ali yg merampas minuman keras dari sebuah kedai di Shah Alam , telah di kritik dengan keras oleh PAS
Adalah tidak benar orang Cina atau India tidak boleh memegang jawatan tinggi dalam kerajaan yg memerintah. Sesiapa sahaja yang layak boleh menjadi Menteri. Tidak ada sebarang sekatan.Semasa zaman Tunku Abd Rahman , orang Cina telah di beri penghormatan menjadi Menteri Kewangan. Hasilnya hari ini kaum Cina telah menguasai ekonomi di negara ini. Lihatlah orang Cina di Msia , mereka hidup dgn selesa dan aman damai.Kebanyakan bungalow dan Condo di negara ini di miliki oleh kaum Cina.Kebanyakan rumah kedai juga di miliki oleh kaum Cina.Bisnes runcit di kuasai oleh kaum Cina.Workshop kereta di kuasai oleh kaum Cina.Kedai perabot di kuasai oleh kaum Cina.Kedai telekomunikasi di kuasai oleh kaum Cina. Orang Melayu tidak kisah dgn apa juga milik orang Cina di negara ini kerana sifat terbuka mereka
26 minutes ago · Like · 1
Tetapi di Indonesia , fenomenanya sentiasa membimbangkan. Orang Cina yg kaya raya sentiasa hidup dalam kedaan bimbang.Nama asal Cina mereka tidak boleh di gunakan , tetapi mesti menggunakan nama Indonesia yg mirip ke Melayuan.Berbeza dgn di Malaysia di mana kjaan UMNO / BN membenarkan orang Cina menggunakan nama asal mereka.Rakyat Indonesia tidak berfikiran terbuka seperti rakyat Msia. Pada bila-bila masa saja harta mereka boleh di rampas.Pada reformasi 1998 , banyak harta benda kaum Cina telah di bakar dan di rampas oleh perusuh reformasi. Akibatnya ramai yg melarikan diri ke Singapura. HUjan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri.Lebih baik negeri sendiri.Itulah nasib orang Cina Indonesia.Mereka tidak bernasib baik seperti Cina Malaysia yg di jaga dan di pelihara oleh kerajaan UMNO / BN dengan cukup baik sekali. Hari ini Robert Kuok iatu seorang jutawan Cina dari Johor telah berjaya menjadi orang terkaya dii Malaysia dengan nilai aset hampir 47 billion RM
Tidak ada salahnya DAP memperjuangkan hak samarata antara semua kaum . Tetapi mereka kenalah bersabar sedikit apabila kaum Melayu telah benar-benar kukuh ekonomi mereka.Buat masa ini perkara ini tidak boleh dilaksanakan kerana masih ramai yg miskin dan memerlukan sokongan kerajaan. Kerajaan sebelum ini telah memberikan berbagai sokongan dan bantuan kepada orang Melayu , tetapi sayangnya masih ada orang Melayu yg masih tidak mahu berjaya.Mereka salah gunakan bantuan kjaan dgn berbagai cara.Antaranya dgn konsep Ali-baba.Mereka lebih suka menjadi sleeping partner. Akhirnya kaum Cina yang lebih berjaya kerana mereka benar-benar mengambil peluang tersebut. Hal ini telah mengecewakan Tun Mahathir Mohammad yg telah bersungguh-sungguh cuba membantu orang Melayu dalam bidang ekonomi. Sekali lagi UMNO terpaksa membayar harga yg mahal utk itu.UMNO dan BN telah di tuduh oleh pembangkang gagal membantu orang Melayu. Tapi sebenarnya apa yg berlaku ialah masalah individu itu sendiri yg tidak mahu berjaya , dan bukannya masalah parti UMNO / BN atau kjaan yg memerintah.
Wednesday, March 14, 2012
BILA DUA INSAN BERCINTA..
Apabila dua insan menyintai ALLAH yang SATU,
Maka mudahlah bagi mereka untuk berSATU ♥
Alangkah indah jika cinta yang disemai atas kerana-Nya..
Tingkah laku cinta juga atas dasar batas-batas agama-Nya..
Bertemu cinta dalam usrah dan halaqah..
Untuk sama-sama menyebarkan dakwah risalah-risalah tauhid di jalan fisabilillah...fi nafsi.billah swt..
Moga-moga, kita bertemu jodoh di atas jalan dakwah dan risalahnya.. ^^
Yakin lah..
Cinta Itu Indah..
Bila Berlandaskan Al-Quran Dan As-Sunnah..
Bila Tujuannya Kerana Allah..
Bila Matlamatnya Syurga Yang Barakah.. ^^,
Janji Allah terakam di Surah Al-Nur, ayat 26 ;
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji pula, dan wanita-wanita yang benar baik adalah untuk laki-laki yang benar baik dan laki-laki yang benar baik adalah untuk wanita-wanita yang benar baik pula.”
"Menurut wali Allah swt lelaki dan wanita kata mereka, kecintaan seseorang yang hakiki kepada insan lain kerana Allah bukanlah bermaksud mencintai insan itu kerana dzatnya (sifatnya), sebaliknya adalah kerana insan itu dapat mendekatkan diri sendiri dengan akhirat,Roh hati Nya cintakan Islam + imannya."
kite boleh bercinta dgn wanita itu jika kite nak kawin dgn dia... luah perasaan pada wanita itu... tp bercinta biar ada batas pergaulan... kite agama ISLAM kan...
Wanita yang keji atau lelaki yang keji bila mana Dirinya sujud solat taubah....maka suci lah roh hati sanubarinya dari syirik,maka baik benar lah dirinya disisi ALLAH swt dan manusia sekalilingnya....Allah swt sayanginya dan manusia sekaliannya sayanginya.....saling sayang-menyayangi ikhlas kerana ALLAH,ALLAH YANG MAHA KASIHSAYANG.....aminn ya Allah Ya Rob bal alamiinn ....
Friday, March 9, 2012
SAAT KU RINDUKAN MU...YaTiE
Saat kerinduan hadir dalam jiwa
Ku tak sanggup menyapa
Hanya ku titipkan sebuah syair
Pada angin yang bersemilir
kemana harus ku mengadu tentang rinduku
Selain ke padaMu
kemana ku sandarkan harap cinta
selain kepada Mu sang maha cinta
Kuatkan hatiku wahai Sang pemilik hati
agar tak goyah berpaling dariMu yaa Robbi
Thursday, March 8, 2012
LAILLAHAILLALLAH....
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Habibuna Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam pernah bersabda : "Tiada seorang hamba yang mengucapkan LAA ILAHA ILLALLAH melainkan dibukakan baginya pintu-pintu langit sehingga kalimah itu terus menuju ke 'Arasy kecuali jika orang itu terlibat di dalam dosa-dosa besar."
Insya'Allah, pintu2 langit akan dibuka! Ulama' mensyarahkan hadith di atas, maknanya, Allah akan memuliakan roh2 mereka yang menggemakan kalimah TAUHID.
(HR Imam Termidzi, an-Nasaai & Ibnu Hibban.)
Insya'Allah, pintu2 langit akan dibuka! Ulama' mensyarahkan hadith di atas, maknanya, Allah akan memuliakan roh2 mereka yang menggemakan kalimah TAUHID.
(HR Imam Termidzi, an-Nasaai & Ibnu Hibban.)
LAILLAHAILLALLAH....
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Habibuna Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam pernah bersabda : "Tiada seorang hamba yang mengucapkan LAA ILAHA ILLALLAH melainkan dibukakan baginya pintu-pintu langit sehingga kalimah itu terus menuju ke 'Arasy kecuali jika orang itu terlibat di dalam dosa-dosa besar."
Insya'Allah, pintu2 langit akan dibuka! Ulama' mensyarahkan hadith di atas, maknanya, Allah akan memuliakan roh2 mereka yang menggemakan kalimah TAUHID.
(HR Imam Termidzi, an-Nasaai & Ibnu Hibban.)
Insya'Allah, pintu2 langit akan dibuka! Ulama' mensyarahkan hadith di atas, maknanya, Allah akan memuliakan roh2 mereka yang menggemakan kalimah TAUHID.
(HR Imam Termidzi, an-Nasaai & Ibnu Hibban.)
YOU JUST CAN'T...
"► You can't Upload Love.
.. •► You can't Download Time.
... •► You can't Google all the answers in Life.
But
.... •► Just Log-In with Allah (Subhana wa TA'ALA) & Key-In your faith in HIM & you'll surely Like
Your Status in life ♥. In shaa 'ALLAH...! :)"
.. •► You can't Download Time.
... •► You can't Google all the answers in Life.
But
.... •► Just Log-In with Allah (Subhana wa TA'ALA) & Key-In your faith in HIM & you'll surely Like
Your Status in life ♥. In shaa 'ALLAH...! :)"
SUNYI-NYA TANPA MU..
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia."
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia."
Tuesday, March 6, 2012
WAHAI SANG KELANA..
"Wahai orang yang memanggil dan mencari bidadari, agar dapat bercumbu dengannya di taman-taman surgawi
Andaikan kau tahu siapa yang kau seru, tentu kau tak kan diam saja membisu
Andaikan kau tahu di mana dia berada, kau kan berusaha sekuat tenaga
Segeralah dan tapaki jalan menuju ke sana, karena jalan yang kau tempuh tak lama lagi kan tiba
Bercintalah dan berbicaralah dalam kalbu, persiapkan maskawin selagi kau mampu untuk itu
Jadikan puasamu sebagai bekal untuk pertemuan, malam pertama adalah malam yang fitri setelah Ramadhan
Harapkan keindahan dan kecantikannya yang memikat, hampirilah sang kekasih dan jangan kau terlambat!”
Wahai lelaki dunia…
Cintailah istri shalihah yang tiada sempurna
Dengan cinta yang nyaris sempurna*
Menikahinya akan menghantarkanmu bersanding dengan bidadari di surgaNya yang sempurna...212x"
Andaikan kau tahu siapa yang kau seru, tentu kau tak kan diam saja membisu
Andaikan kau tahu di mana dia berada, kau kan berusaha sekuat tenaga
Segeralah dan tapaki jalan menuju ke sana, karena jalan yang kau tempuh tak lama lagi kan tiba
Bercintalah dan berbicaralah dalam kalbu, persiapkan maskawin selagi kau mampu untuk itu
Jadikan puasamu sebagai bekal untuk pertemuan, malam pertama adalah malam yang fitri setelah Ramadhan
Harapkan keindahan dan kecantikannya yang memikat, hampirilah sang kekasih dan jangan kau terlambat!”
Wahai lelaki dunia…
Cintailah istri shalihah yang tiada sempurna
Dengan cinta yang nyaris sempurna*
Menikahinya akan menghantarkanmu bersanding dengan bidadari di surgaNya yang sempurna...212x"
CRITE AJE..
"Seorang ibu (diiringi suaminya) pernah bertanya saya mengenai salah seorang anaknya yang berumur sekitar 4 tahun yang sering melakukan sesuatu yang beliau anggap "mengerikan"...
Ibu: Encik Khair, saya nak tanya sesuatulah....tapi malu nak cakap
Saya: Okay, Puan nak tanya tetapi malu...kalau begitu Abang (suami) lah yang tanya...apa dia?
Ayah: Tak pe lah Encik Khair, biar isteri saya saja yang tanya...dia yang lebih tahu
Ibu: Awaklah tanya...awak lelaki, anak kita tu pun lelaki, Encik Khair pun lelaki...semua hal lelaki, awaklah yang tanya...
Saya: (Tersenyum sambil terpinga-pinga...toleh kanan, toleh kiri sambil ikuti tolak-tarek antara suami dan isteri...tersenyum terus)
Ayah: Awaklah cakap. Awak yang selalu dengan anak kita ni...
Ibu: Awaklah...
Ayah: Awaklah, awak yang lebih rapat...awak yang selalu nampak, saya jarang-jarang nampak...
Ibu: ok ok oklah...
Saya: ok, apa dia...
Ibu: Begini Encik Khair, anak saya ni (sedang bermain di tepi) selalu jugak main...
Saya: Baguslah tu...dia main apa?
Ibu: (Sambil tersipu-sipu) ahhhhh
Saya: ok....
Ibu: Dia suka main dia punya...(tersipu-sipu...)
Saya: ...dia punya...???
Ibu: Bang...awak cakaplah...
Ayah: Awaklah cakap...awak yang selalu nampak pe...
Ibu: ...dia punya cicip...
Saya: ??? Cicip...? Apa tu cicip?"....
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.....
Ibu: Encik Khair, saya nak tanya sesuatulah....tapi malu nak cakap
Saya: Okay, Puan nak tanya tetapi malu...kalau begitu Abang (suami) lah yang tanya...apa dia?
Ayah: Tak pe lah Encik Khair, biar isteri saya saja yang tanya...dia yang lebih tahu
Ibu: Awaklah tanya...awak lelaki, anak kita tu pun lelaki, Encik Khair pun lelaki...semua hal lelaki, awaklah yang tanya...
Saya: (Tersenyum sambil terpinga-pinga...toleh kanan, toleh kiri sambil ikuti tolak-tarek antara suami dan isteri...tersenyum terus)
Ayah: Awaklah cakap. Awak yang selalu dengan anak kita ni...
Ibu: Awaklah...
Ayah: Awaklah, awak yang lebih rapat...awak yang selalu nampak, saya jarang-jarang nampak...
Ibu: ok ok oklah...
Saya: ok, apa dia...
Ibu: Begini Encik Khair, anak saya ni (sedang bermain di tepi) selalu jugak main...
Saya: Baguslah tu...dia main apa?
Ibu: (Sambil tersipu-sipu) ahhhhh
Saya: ok....
Ibu: Dia suka main dia punya...(tersipu-sipu...)
Saya: ...dia punya...???
Ibu: Bang...awak cakaplah...
Ayah: Awaklah cakap...awak yang selalu nampak pe...
Ibu: ...dia punya cicip...
Saya: ??? Cicip...? Apa tu cicip?"....
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.....
WAHAI SANG KELANA..
“Wahai orang yang memanggil dan mencari bidadari, agar dapat bercumbu dengannya di taman-taman surgawi
Andaikan kau tahu siapa yang kau seru, tentu kau tak kan diam saja membisu
Andaikan kau tahu di mana dia berada, kau kan berusaha sekuat tenaga
Segeralah dan tapaki jalan menuju ke sana, karena jalan yang kau tempuh tak lama lagi kan tiba
Bercintalah dan berbicaralah dalam kalbu, persiapkan maskawin selagi kau mampu untuk itu
Jadikan puasamu sebagai bekal untuk pertemuan, malam pertama adalah malam yang fitri setelah Ramadhan
Harapkan keindahan dan kecantikannya yang memikat, hampirilah sang kekasih dan jangan kau terlambat!”
Wahai lelaki dunia…
Cintailah istri shalihah yang tiada sempurna
Dengan cinta yang nyaris sempurna*
Menikahinya akan menghantarkanmu bersanding dengan bidadari di surgaNya yang sempurna...212x
JGN CABUT UBAN...
Sabda Nabi saw, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya).
Monday, March 5, 2012
KENAPA BELUM KAYA..?
Sebelum mempelajari strategi mencipta kejayaan, saya mahu mengajukan soalan ini kepada anda.
"Kenapa anda masih belum kaya? (Jika telah kaya sila unsubscribe emel ini)
Apa yang menghalang anda daripada mengecap kekayaan yang diidam-idamkan?
Luangkan sedikit masa bagi memikirkan soalan ini dan senaraikan seberapa banyak sebab yang anda dapat fikirkan. Anda perlu bersikap jujur dan ikhlas dengan diri sendiri ketika menjawab soalan ini.
Cuba lakukan latihan ini sekarang.
Sebab-sebab saya masih belum kaya
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Tulis atas kertas ya.
Sekarang, mari kita lihat sama ada alasan anda sama dengan alasan yang saya dengar daripada orang lain apabila mereka ditanya soalan yang sama.
Kebanyakan orang memberi alasan seperti berikut :
1. Saya tidak mempunyai wang untuk membuat wang dan berasal daripada keluarga miskin
2. Saya perlu menyara keluarga saya, saya masih muda. saya sudah tua, saya tidak pandai.
3. Saya tidak mempunyai peluang, saya malas, saya tidak mempunyai kelulusan.
4. Suami/isteri saya tidak menyokong saya.
5. Saya tidak mempunyai pengetahuan secukupnya.
6. Saya mempunyai ramai anak. Nasib saya tidak baik.
7. Saya takut mengambil risiko.
8. Saya tidak mempunyai displin.
9. Saya tidak pandai membuat keputusan yang baik.
10. Keadaan ekonomi tidak memberansangkan.
Adakah terdapat alasan-alasan di atas sama dengan alasan yang anda beri?
Sekarang, perhatikan semula alasan yang anda tulis dan tentukan sama ada alasan-alasan itu berada di bawah kawalan anda ataupun disebabkan oleh faktor luaran yang anda rasakan berada di luar kawalan anda.
Sekiranya anda fikir alasan itu berpunca daripada diri anda sendiri seperti "tidak membuat keputusan yang baik", "tidak mempunyai disiplin" ataupun "tidak mempunyai pengetahuan yang cukup", letakan tanda betul di sebelahnya.
Sekiranya alasan itu berpunca daripada faktor luaran seperti "tidak mempunyai peluang", "nasib tidak baik" ataupun "ketua yang teruk", letakkan tanda pangkah di sebelahnya.
Sekarang, kira jumlah tanda right dan pangkah itu, yang mana satu lebih banyak? Keupayaan anda menjadi kaya banyak bergantung kepada jumlah ini.
JANGAN dalam Islam
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa Tekan Share kepada rakan-rakan anda....
Sunday, March 4, 2012
USAH TERLALU MEMUJI KU...
Usah terlalu menyanjung kelebihanku, bimbang kau tak mampu menanggung kekuranganku.
Usah terlalu berbangga akan keupayaanku, bimbang kau akan kecewa dengan kelemahanku.
Usah terlalu memuji segala kebaikanku, bimbang kau akan teruji dengan kejahatanku.
Usah terlalu berharap akan diriku, bimbang nanti yang kau harap tidak seperti yang kau mahu."
<
Usah terlalu berbangga akan keupayaanku, bimbang kau akan kecewa dengan kelemahanku.
Usah terlalu memuji segala kebaikanku, bimbang kau akan teruji dengan kejahatanku.
Usah terlalu berharap akan diriku, bimbang nanti yang kau harap tidak seperti yang kau mahu."
<
Subscribe to:
Posts (Atom)