Saturday, May 26, 2012

BUNGA KU KERINDUAN - SOFEA

BUNGA KU KERINDUAN.. - SOFEA - Terasa sunyi malam ini Menusuk menikam kalbu Entah kapan bilakah lagi kita kan bersua madu cinta Yang telah lama hilang.. Masih ingatkah dikau lagi semasa kita bersama dulu Belaian lembut jejarimu sering membuatmu diingatkan Tak mungkin dapat ku lupa.... Hingga kini hari berganti Musim berlalu kau ku rindu Tak tertahan rasa kecewa Kau bungaku ku kerinduan OOOHHHHHHhhhhhh..... Hingga kini, hari berganti. Musim berlalu kau ku rindu Tak tertahan rasa kecewa Kau bungaku ku kerinduan Terasa sunyi malam ini menusuk menikam kalbu Belaian lembut jejari mu sering membuatmu diingatkan Tak mungkin dapat ku lupa...

Friday, May 18, 2012

Mayat tidak diterima bumi di pahang

Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman. Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya. Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri. Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali. Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan. Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap. Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi. Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut. Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol : 1-800-88-88-88 Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

Tuesday, May 15, 2012

Ketahuilah siapaka sebenarnya kaum Yahudi atau Bani Israel itu di sisi Allah..

KAUM YAHUDI PALING TAMAK DAN TAK INGIN MATI Allah Taala berfirman dengan maksudnya: (94) Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): “Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar”. (95) Dan sudah tentu mereka tidak akan mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah mereka lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu. (96) Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan. (Surah Al-Baqarah) 94. Say to (them): "If the home of the Hereafter with Allah is indeed for you specially and not for others, of mankind, then long for death if you are truthful." 95. But they will never long for it because of what their hands have sent before them (i.e. what they have done). And Allah is All-Aware of the Zalimun (polytheists and wrong-doers). 96. And verily, you will find them (the Jews) the greediest of mankind for life and (even greedier) than those who - ascribe partners to Allah (and do not believe in Resurrection - Magians, pagans, and idolaters, etc.). Everyone of them wishes that he could be given a life of a thousand years. But the grant of such life will not save him even a little from (due) punishment. And Allah is All-Seer of what they do. RENUNGAN Daripada friman-firman Allah seperti yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di atas itu dapatlah kita mengetahui dan mempelajari siapakah sebenarnya kaum Yahudi atau Bani Israel tersebut, khususnya mengenai dakwaan mereka bahawa syurga Allah itu adalah hak istimewa mereka, sifat mereka yang paling tamak haloba dikalangan umat manusia dan keinginan kaum mereka untuk hidup 1000 tahun atau tiada keinginan untuk mati menemui Allah SWT. Sekian terima kasih, Was’salaam!

Alkohol : Haram ke tidak ?

Salam everyone! What is your take on alcohol in Islam? Now before anyone gets the wrong idea, I'm in no way advocating Muslims to drink all those alcoholic drinks but rather to clear this rather demonic stature of this pivotal chemical from Muslim minds. As far as I know, God Almighty mentions and prohibits the word khamr in Islam (khamr=intoxicants). If that's the case, then what about Muslims who take alcoholic drinks in minute amount in the form of cooking or as a relaxant for the stomach BUT not for the intention of becoming drunk? Question: I recently asked someone who claims or atleast intends to follow the "true" Islam: Is it that alcoholic drinks are banned OR alcohol in itself? He answered both. This proves that Muslims don't even know what alcohol is in the first place! For clarity, a little chemistry lesson is in order. Alcohol is actually a group of organic chemicals which differ in terms of number of carbon, hydrogen and oxygen atoms. Just as how yellow, red, green, blue etc are grouped as colours; apple, orange, banana, cherry(and yes tomato) are grouped as fruits, methanol, ethanol, propanol, glycerol, phenol, menthol and million others are grouped as alcohols. Commercial alcoholic drinks(beer, wine etc.) use ethanol as the alcoholic ingredient, obtained through fermentation of fruits, rice or malt. The fact is, without alcohol, our life would be incomplete. Ethanol is used as a universal solvent(to dissolve stuff) while other alcohols are used as antiseptic, as a biological preservative and even an ingredient of perfumes! As a matter of fact, we humans have alcohol naturally in our body! All our fats, including cholesterol is made from alcohol! We get our sexual characteristics from the hormone testosterone(male) and progesterone-oestrogen(female). These hormones are synthesised from cholesterol! Even one part of making bread requires the use of the fermentation process. Yes that's right, bread has small amounts of alcohol in it! Vinegar, a very famous salad dressing is made from alcohol by converting the alcohol into an acid. So here I ask is alcohol prohibited? In some countries, if you enter a mosque wearing an alcoholic perfume (all perfumes have some sort of alcohol in it) the "religious" people kick you out. It's like saying cook for chicken curry without using any chicken nor curry; make perfume without alcohol! What do you guys think? Would some one care to enlighten me? This is the answer to the above query: Prof Dr Zaki: Assalamualaikum, secara mudahnya bukan semua alkokohol itu mengandungi arak, alkohol yg proses pembuatan utk jadi arak adalah haram dan najis...ini dikatakan zat dah jadi arak...klu minum sedikit pun haram...contoh klasik spr tuak itu haram sbb proses menjdi minuman yg memabukkan sementara cuka itu halal sbb proses untuk tujuan permakanan dan sudah hilang zatnya wlupun masih ada unsur alkohol di dalamnya. I think better you refer e fatwa kebangsaan, dah jelas isu ni sejak tahun 1984 lagi...anyhow isu ini perlu dijelaskan sbb masyarakat ramai yg keliru antara alkohol yg ada dlm buah2an dan yg ada dlm minuman yg diproses utk jadi arak....

Monday, May 14, 2012

13 Perkara tentang Nabi SAW

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Sahabatfillah yang dirindui Rasulullah Salallahu Alaihi Wassallam.. :: 13 Perkara mengenai Rasulullah sebagai Pengajaran :: 1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.. " 3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai solat. 4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. 5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi Salallahu Alaihi Wassallam. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? 6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya. 'Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. 7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersolat, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin tuan sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.... Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan? ' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.' 8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor. 9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH SWT dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah Salallahu Alaihi Wassallam menolak sama sekali rasa ketuanan. 11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. 12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. 13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hambaNya yang bersyukur... Apakah kita sebagai umatnya mampu menuruti langkah-langkah ini?? Seharusnya dan sememangnya kita mampu jika kita benar-benar menuruti dan menghayati Sunnah baginda dalam setiap saat kehidupan ini... Jika kita tidak mampu adakah kita tidak berasa malu untuk mengaku sebagai umat baginda Salallahu Alaihi Wassallam ?... 

Saturday, May 12, 2012

AN INTERESTING CONVERSATION...

AN INTERESTING CONVERSATION ... Purwaiz Alam : malaysian avatar? Danapal Govind: u want a part? haha! Purwaiz Alam : you know which part i want lah. but i can't mention it here because it's a very private part Danapal Govind : that is good "tip" ! K.c. Boey d'-' : Good one my fren. Also your "idle" one Danapal Govind : yeah park n idle! haha!. Ahmad Suffian : When women are half-naked they look sumptious, when they are naked, they taste good. Hahaha Danapal Govind : Oh you were interested in the woman. not the trees, shrubs. LOL Ahmad Suffian : I ain't no environmentalist but i like shrubs. Hahahaha

Thursday, May 10, 2012

Siapakah Kawan Iblis?

HASUTAN Iblis dan Syaitan...Siapakah Kawan Iblis? RASULULLAH SAW bertanya lagi: "Berapa banyakkah kawan-kawanmu dari umatku?" Jawab iblis: "Sepuluh orang" iaitu: 1. Hakim yang tidak adil 2. Orang kaya yang sombong 3. Pedagang yang tidak jujur 4. Peminum arak 5. Penghasut / pendengki kepada orang yang mendapat kebaikan 6. Orang beramal kerana ingin nama 7. Orang yang makan harta anak yatim 8. Orang yang mempermudahkan solat 9. Orang yang tidak mahu berzakat 10. Orang yang suka termenung (duduk mengelamun / berangan-angan) JANGAN BERKAWAN DENGAN IBLIS...LAKNATULLAH NA'UDZUBILLAHIMINZALIK...!...

DOA _ SENJATA MUSLIMIN

Dalam menentukan usaha yng dilakukan membuahkan kejayaan yang diharapkan kita harus sentiasa berdoa kerana segalanya adalah ketentuanNya. Kita hanya berusaha untuk mengapai sesuatu hasrat dan bertawakallah kepadaNya melalui : DOA Doa mungkin dianggap perkara yang remeh bagi sesetengah orang ,tetapi bagi orang yang mengaku dirinya Islam , doa merupakan antara medium yang paling berkesan dalam menentukan arah tuju kehidupan . Boleh dikatakan setiap detik kehidupan seharian kita , ada doa-doa yang tertentu. Sabda Rasulullah yang bermaksud “ Doa itu merupakan ibu segala ibadat” , “ Doa itu senjata orang yang beriman” , “ Qadha’yang ditentukan Allah tidak boleh diubah melainkan dengan doa” Berdoa juga merupakan symbol keakraban hubungan seseorang hamba dengan Penciptanya dan tanda memohon pertolongan daripada yang Maha Kuasa.

KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT

Dalam Islam , kita dapati banyak ayat Al Quran dan hadis yang menyarankan umatnya agar sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan sama ada di dunia dan juga di akhirat. Usaha dan amalanlahyang menjadi perkara yang dinilai oleh Allah s.w.t sebagaimana firman-Nya dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud : Dan katakanlah wahai Muhammad “ Hendaklah kamu semua berusaha (beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan .” Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud : Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah rezeki daripada kurniaan Allah” Surah Al Jumuah ayat 10 . Rasulullah s.a.w. menyatakan dalam satu hadis yang pencari kayu api lebih baik dan lebih mulia daripada peminta sedekah .Baginda juga mengatakan dalam hadis yang lain , orang yang berusaha untuk menyara diri dan keluarganya seperti orang yang berjuang di jalan Allah .

Penemuan Kitab Injil Berusia 1500 Tahun Di Turki

BERITA GEMPAR......!!!!...TAMPARAN HEBAT UNTUK PADERI..PENDITA...DAN PENGANUT KRISTIAN MASYAALLAH...SUBHANALLAH......BERTAMBAH IMANKU....TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD SAW ITU PESURUH ALLAH Penemuan Kitab Injil Berusia 1500 Tahun Di Turki Di Ankara Turki Kitab Injil 1,500 tahun ditemui, ia menggemparkan Vaticankerana isi didalam nya membenarkan apa yang Alquran telah bawa, lebih 1500 tahun dahulu. Termasuk ramalan didalam kitab injil tersebut akan kedatanganNabi saw Vatican mengarahkan jangan disebarkan ssbelum vatican melihat nya dahulu. Petikan dari Turkish News: www.turkishnews.com Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan akses kepada Injilyang berusia 1500 tahun bernilai $ 28 juta yang kini dipegang oleh kerajaan Turkidi Ankara, Turki. Terdapat spekulasi bahawa Injil ini boleh menjadi satu salinan Injil Barnabas – ketara sekali umat Islam pelayanan Nabi Isa percaya adalah sebahagian daripadaInjil asal. Injil Barnabas merupakan sebuah kitab Injil versi Barnabas. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad. Akhbar Berita harian melaporkan kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu. Vatican telah membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan akses kepada Injilyang berusia 1500 tahun bernilai $ 28 juta yang kini dipegang oleh kerajaan Turki di Ankara, Turki. Terdapat spekulasi bahawa Injil ini boleh menjadi satu salinan Injil Barnabas – ketara sekali umat Islam pelayanan Nabi Isa percaya adalah sebahagian daripada Injil asal. Injil Barnabas merupakan sebuah kitab Injil versi Barnabas. Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad. Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunanNabi Ismail. Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialahInjil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Lukedan John. Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian. Injil Barnabas Berusia lebih 1500 tahun, Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew). Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati. Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemuiTurki ketika operasi anti penyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba. Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta). Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi Petikan dari Daily Mail: Mereka pula berkata mendakwa bahawa bible yang meramalkan kedatanganMuhammad, tetapi ia tidak benar. Ini adalah kepercayaan lama yang berabad-abad, konspirasi teori oleh orang Islam Petikan dari Macedonian Truth Forum: www.macedoniantruth.org Terdapat biara di Turki utara Cyprus yang dipanggil sebagai biara St Barnabassebagai Rasul, yang diasaskan oleh sendiri dan didakwa mengandungi kuburnya. Kira-kira 20 tahun yang lalu, biara ini telah dirompak oleh kumpulan yang tidak diketahui orang. Mereka digali `s lantai, dinding pada waktu malam. Ia adalah tidak diketahui apa yang mereka ketemui dan jika mereka mencuri sesuatu yang dikebumikan di dalam ia dinding. Seorang wartawan di Cyprus mendakwa bahawa mereka telah menemui satu salinan Injil yang sangat kontroversi St Barnabas dalam dan mencurinya . Kemudian manakala wartawan ini telah menyiasat isu itu, beliau telah ditembak mati. Dari wikipedia: Injil Barnabas tidak dianggap sebagai kanon oleh penganut Kristian. Oleh itu membaca Injil Barnabas dilarang sama sekali. Kitab Injil Barnabas terdapat beberapa versi . Injil Barnabas dikatakan ditulis oleh Barnabas iaitu murid Jesus. Barnabas ialah pakcik Markus. Beliau telah merantau dari Palestin ke Damsyik dan dari Philip ke Sinai untuk mengembangkan agama Kristian. Kuburnya ditemui di pulau Cyprus di Laut Mediterranean pada zamanMaharaja Zeno ( 478 m). Satu salinan Injil yang ditulis dengan tangannya sendiri ditemui di dada jenazah St Barnabas . Injil ini popular dalam kalangan orang Islam kerana hampir sejalan dengan ajaran Islam. Tetapi Injil Barnabas hampir tidak diketahui oleh orang Kristian kerana ia amat bertentangan dengan Triniti. Injil Barnabas dikatakan ada dua manuskrip iaitu dalam bahasa Sepanyol dan dalam bahasa Itali. Injil Barnabas dalam bahasa Itali disimpulkan sebagai ditulis pada akhir abad ke-16 sementara dalam bahasa Sepanyol ditulis abad ke-18. Namun pengkaji Kristian mendakwa Injil Barnabas versi Sepanyol lebih tulen. “Vatican telah didakwa mengeluarkan permintaan rasmi untuk memeriksa Alkitab yang berusia 1,500 tahun yang telah diadakan di Turki selama 12 tahun yang lalu, http://www.huffingtonpost.com/ Injil rahsia ini di mana Isa dipercayai untuk meramalkan kedatangan Nabi Muhammad ke Bumi telah mencetuskan minat yang serius dari Vatican. Pope Benedict XVI didakwa mahu melihat buku yang berusia 1,500 tahun, yang bersuara banyak Injil Barnabas, yang telah disembunyikan oleh kerajaan Turki untuk 12 tahun yang lalu. http://www.dailymail.co.uk/“ Maka benarlah firman Allah: لَّقَدۡ كَفَرَ الَّذِينَ قَآلُوا۟ إِنَّ اللّهَ هُوَ الۡمَسِيحُ ابۡنُ مَرۡيَمَ قُلۡ فَمَن يَمۡلِكُ مِنَ اللّهِ شَيۡئًا إِنۡ أَرَادَ أَن يُهۡلِكَ الۡمَسِيحَ ابۡنَ مَرۡيَمَ وَأُمَّهُ وَمَن فِي الأَرۡضِ جَمِيعًا وَلِلّهِ مُلۡكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا يَخۡلُقُ مَا يَشَاء وَاللّهُ عَلَي كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ (17) Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Mariam". Katakanlah (wahai Muhammad): (Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Dia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Mariam berserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya? Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. وَقَالَتِ الۡيَهُودُ وَالنَّصَارَي نَحۡنُ أَبۡنَاء اللّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ قُلۡ فَلِمَ يُعَذِّبُكُم بِذُنُوبِكُم بَلۡ أَنتُم بَشَرٌ مِّمَّنۡ خَلَقَ يَغۡفِرُ لِمَن يَشَاء وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاء وَلِلّهِ مُلۡكُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا وَإِلَيۡهِ الۡمَصِيرُ (18) Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya. Katakanlah (wahai Muhammad): (Kalau betul demikian), maka mengapakah Dia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dan kepada Allah jualah tempat kembali. يَا أَهۡلَ الۡكِتَابِ قَدۡ جَاءكُمۡ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمۡ عَلَي فَتۡرَةٍ مِّنَ الرُّسُلِ أَن تَقُولُوا۟ مَا جَاءنَا مِن بَشِيرٍ وَلاَ نَذِيرٍ فَقَدۡ جَاءكُم بَشِيرٌ وَنَذِيرٌ وَاللّهُ عَلَي كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ (19) Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (Rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu —