Saturday, January 7, 2012

Bertudunglah...

Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.

Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?

Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH..

Ia ibarat makanan, jika tidak disuap,manakan ia masuk ke mulut..

5 PERKARA TENTANG SOLAT...

"• 5 PERKARA TENTANG SOLAT *

1) SOLAT SUBUH --> WAJAH YG CANTIK..
2) SOLAT ZOHOR --> DUIT YG BANYAK..
3) SOLAT ASAR --> KESIHATAN YG BAIK..
... ... 4) SOLAT MAGRIB --> ANAK-II YG CERDIK & BERJAYA..
5) SOLAT ISYAK --> TIDUR YG NYENYAK TANPA GANGGUAN..

* KATA NABI MUHAMMAD S.A.W :

--> BARANGSIAPA YG MENINGGALKAN SOLAT SUBUH TIADALAH PADANYA NUR DI WAJAHNYA..
--> BARANGSIAPA MENINGGALKAN SOLAT ZOHOR TIADALAH PADANYA REZEKI YG BERKAT..
--> BARANGSIAPA YG MENINGGALKAN SOLAT ASAR TIADALAH PADANYA KEKUATAN BADAN..
--> BARANGSIAPA MENINGGALKAN SOLAT MAGRIB TIADALAH PADANYA ANAK-II YG BERMANFAAT..
--> BARANGSIAPA YG MENINGGALKAN SOLAT ISYAK TIADALAH PADANYA TIDUR YG NYENYAK.."

Sunday, January 1, 2012

KETENANGAN ITU..

‎"Berikan hati dan cinta kita kepada ALLAH.ALLAH tidak akan mensia-siakannya.DIA akan memberikan kita ketenangan dan kebahagiaan.Cinta kepada ALLAH menyebabkan kita selalu mengingatiNYA.Inilah rahsia ketenangan di dunia dan ketenangan di akhirat"."

TERUSKAN NIAT MU..

Teruskanlah membuat kebaikan wahai sahabat. Walau apapun kebaikan yang anda lakukan, biarpun manusia tidak menghargaimu, ingatlah Allah sentiasa dekat, sentiasa ada untukmu.

Sentiasa menghargaimu bahkan Dialah yang sentiasa memberi kebaikan kepadamu selama dirimu hidup hingga mati. Tidak pernah Dia mengharap penghargaanmu malah Dia sentiasa memberimu nikmat kerana Dia sayangkan kamu juga menerima taubatmu walau jutaan kali kau melakar taubat.

KASIH PADA ALLAH, SAYANG PADA MANUSIA

"Seorang datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata: “Ya Rasulullah tunjukilah saya amal perbuatan yang apabila saya kerja disukai Allah dan disukai orang-orang. Jawab Nabi s.a.w.: “Jangan rakus, kepada dunia, nescaya dikasihi Allah. Dan jangan tamak pada hak orang nescaya dikasihi manusia."

MASA ITU BEREDAR..

"Nabi SAW selalu dan tidak henti-henti ingatkan kita yang masih hidup ini ,supaya sentiasa bahagia dan berjaya disyurga duniakhirat,sabdanya:

“Jika kau berada di waktu petang, maka jangan mengharapkan akan hidup sampai pagi, dan jika kamu pada waktu pagi jangan menantikan petang. Pergunakanlah masa kesihatan itu untuk berbekal buat masa sakit, dan masih hidup untuk berbekal buat mati.”

SIANG & MALAM

Nasihat yang terbaik yang diberikan oleh bumi kepada kita ialah. .Dia tidak berbicara dengan mengucapkan kata-kata pada kita tetapi dia sudah sekian lama telah tunjukkan kepada kita.
NASIHATNYA:Terang pada siang harinya dan Gelap pada malam harinya.